Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts
Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts

Sunday, April 20, 2025

Ayam Masak Butter.

 
Teks: Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Sekarang nie masih dalam modd raya 1446H, tapi saja je aku update nie, Kalau ikutkan nie aku buat masa di bulan puasa tempoh hari. Saja nak berkongsi dengan korang semua pasal Budak Buas tak tahu nak cerita apa, maklumlah kalau tengok rekod, tahun 2024 memang takda satu pun entry pasal Budak Buas sibuk dengan projek di pejabat. Tahun nie kurang lah sikit ada masa kita update, menu pun banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak karang ayat je haaa.


Bahan-bahannya;

1/2 ekor ayam di potong sebesar 2 ini ja (kalau potong 20/2kor pun ok juga)
Tepung goreng Bestari (pakai yang ori)
1/2 blok butter
1/2 tin susu pekat
2 batang serai
halia 1 inci (potong jejari)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holand (potong 4)
Minyak untuk mengoreng ayam
Garam dan Gula secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Gaulkan ayam dengan tepung Bestari dan terus goreng dalam minyak panas sampai kekuning-kuningan.
2. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang holand bersama buter dan selepas naik wangi masukkan serai.
3. Kemudian masukkan susu tin, gula dan garam dan bila mendidih dan pekat sahaja masukkan ayam bagi seminit sahaja dan terus angkat. Tujuannya nak bagi keranggupan ayam tu kekal. Selamat mencuba. 





Bagi Budak Buas takda lauk lain pun takpa ayam tu dah cukup buat kenyang makan berbuka nie, 



Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri

















Thursday, September 6, 2018

Siput Sedut Masak Kicap Cili Kering

Teks : Nazron Shah Ahmad

Pengkalan Balak Siputnya Masin....


Salam dan Salam sejahtera....Saje bagi gempak cite... Saje nak bagi kenangan pasal 2 minggu lepas kami sekeluarga sempat bermalam di Pengkalan Balak, Melaka dan nak dijadikan cerita, terjumpa siput sedut kat sana. (isteri panggil siput panjat). oklah nak masak dan makan benda nie kena tahu cara buat dan olahnya. Pertama basuh bersih-bersih dan kalau nak senang rendah dan gunakan berus sabut untuk cuci siput nie secara berjemaah. lepas dan bersih budak buas selalunya rendam dengan 2-3 biji cili yang diketuk.

    Pasal apa? oklah bila benda nie terasa panas dan pedas dengan air bercampur cili dia akan memuntahkan isi kotoran dalam cengkerangnya. selalunya rendam dalam  1 jam pun dah ok. lepas tu potong hujungnya barulah boleh dimasak. kalau tak memang menangislah nak menyedutnya.

Cerita tentang tips nak proses siput sedut nie, olah nie nak bagi cara yang selalunya budak buas suka masak dan makan.

Bahan-bahannya.

1/2 kg siput sedut yg siap diproses.
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar di potong empat
2 susu minyak masak
3 sudu besar kicap (manis/masin)
2 sudu besar sos tiram
5 tangkai cili kering
2 inci halia dipotong jejari dan nipis
2 susu sos tomato/cili
gula dan garam secukup rasa.....



Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak, kemudian masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai. biar bangkit sedikit baunya dan terus masukkan kicap, sos tiram, sos tomato/cili, dan cili kering.

2. Kemudian masukkan siput sedut dan gula bersama garam secukup rasa. biarkan seketika sehingga kuahnya sedikit pekat dan sedia untuk dihidangkan....




Operasi menyedut dah bermula lah nie.
 
 

sekian dan selamat menyedut.

Redha Allah swt Kita Cha'ri


















Wednesday, January 31, 2018

Siput Buluh Goreng Kicap Bercili

Teks : Nazron Shah Ahmad

Morib oh Morib.....

Balik daripada percutian yang sememagnya bukan time cuti pun, kami sekeluarga sesat ke kedai yang menjual ikan di kawasan Pantai Morib. Sekali terpandang Siput Buluh yang sememangnya makanan kesukaan Budak Buas masa dekat Sarawak dahulu. Harga pun ok dan keadaannya pun masih segar dan hidup. Apalagi beli ja lah.




Simple dan senang nak sediakan

Bahan-bahannya;

1/2 kg siput buluh (dicuci dahulu dan ditoskan)
3 ulas bawang putih (dititik)
3 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu teh black paper
2 sudu minyak masak
1 sudu teh minyak bijan (jika ada)
1 biji bawang besar dipotong serong
3 tangkai cili kering / 1 capsicum (dipotong panjang 2 inci)
1 batang leek / daun sup
2 inci halia muda  - dipotong jejari nipis


Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang besar dan cili kering, sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan kicap, black paper, sos tiram seketika, dan seterusnya masukkan siput buluh dan kacau dlm 2 - 3 minit.
3. Kemudian masukkan halia, leek dan kacau sehingga semuanya layu sedikit dan sedia dihidangkan.

Selamat "try" dan rasa ya.

Redha Allah swt Kita Cha'ri







































































Friday, May 5, 2017

Sup Dimsum


Teks:NazronShahAhmad

Satu hari terjumpa kulit dimsum/ wantan yg halal kat shopping. Apa lagi budak buas beli je lah. Nak makan yg rich dengan isinya yg sedap memang mahal laaa. Rupanya nk buat benda nie senang ja. Cuma perlu sedikit kesabaran je lah.

Bahan- bahanya;
- Readymix kulit wantan (byk kat shopping)
- 100 gram isi ayam
- 50 gram isi udang potong dadu
- daun bawang secukupnya
- 1 ulas bawang besar
- 1 sudu light soya sauce
- secubit garam
- 1/2 batang lobak merah

Untuk sup ,
- bancuh kiub ayam dan masukkan sayuran yg anda suka bagi mendidih.

Cara memasaknya;

1. Kisar semua bahan tadi kecuali udang shj yg digaulkan kemudian.
2. Masukkan 1 sudu besar bahan diatas dan jadikan wantan seperti uncang kecil dan terus masukkan dlm sup yg mendidih.
3. Ulangi step 2 sehingga bahan tadi semua licin.
4. Rehen sup sehingga semuanya masak dan hidangkan.

Slmt mencuba.
Redha Allah swt kita cha'ri




Tuesday, December 2, 2014

Ketam Suri Goreng Bercili

Teks : Nazron Shah Ahmad

Alaihai isteri, dengar ketam memang senyum. Apa nak buat minat dan suka sangat dengan ketam, masak apa pun janji ketam. Nasib baiklah kat Sarawak nie ketam murah dan fresh. Syukur pada mu Allah swt dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini.


Memang terangkat biarpun pedas sedikit.

Bahan-bahannya;

3 ekor ketam suri (ketam bunga) digoreng dahulu.
2 sudu besar cili giling
1 biji telur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap sotong (nam pla sos)
1 inci halia di hiris jejari
1 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih dititik
1 susu teh serbuk lada putih
1 susu besar minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang untuk hiasan


Cara memasak.

1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar dengan minyak sehingga kekuningan dan selepas itu barulah dimasukkan cili giling.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap sotong bersama 1/2 cawan air.
3. Kemudian, kepukkan telur dan masukkan di dalam tumisan tadi dan gaulkan bersama-sama ketam.
4. Biarkan semuanya sebati dan pekat kemudian hidangkan dan barulah di taburkan serbuk lada putih bersama hirisan daun bawang untuk hiasan..

Sekian n selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.