Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Laksa Sarawak Mudah

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Punyalah lama duk mikir nak makan Laksa Sarawak, tapi terpaksa batalkan niat pasal isteri asyik duk mintak makanan nie lah, makanan tu lah. Tetapi akhirnya dengan berbekalkan sedikit niat akhirnya tercapai juga Budak Buas dapat makan Laksa Sarawak homemade sendiri. Oklah nak memudahkan cerita kali nie, Budak Buas nak bagi tahu cara nak masak Laksa Sarawak menggunakan cara yang paling mudah dan simple je. Tak payah pening-pening nak cari 20 rempah ratus nak buat pes laksa. (Insyaallah entry lain Budak Buas share 20 rempah ratus tu... :))


Nyaman sik.....

Bahan-bahannya.

bahan 1 : kuah.

- Paket 150 gram Pes Laksa Sarawak. 
- 300 gram Santan
- 11/2 liter air rebusan udang dan ayam.
- 1 sudu teh serbuk kari
- Gula dan Garam secukupnya

bahan 2: asas / lauk.

- 2 gengam taugeh - dicelur sekejap
- 2 biji telur - digoreng dadar dan dihiris nipis-nipis
- 1 keping dada ayam direbus dan diracik halus.
- 250 gram udang saiz sederhana - dicelur seketika
- 1/2 bungkus beehoon di celur supaya lembut.
- sedikit daun pudina
- hirisan limau kasturi.

Cara membuatnya;

1. Masakkan pes laksa bersama rempah kari dengan 1/2 liter rebusan air selama 30 minit. Kemudian 
    tapiskan.
2. Kemudian campurkan tapisan air dengan santan dan biarkan mendidih seketika.
3. Selepas itu, tambahkan lebihan air rebusan dan biarkan mendidih seketika dan barulah dimasukkan 
    garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk menghidang, sediakan semangkuk beehoon bersama bahan-bahan 2 dengan kuantiti yang           berpadanan bersama-sama kuah untuk disediakan. 

Selamat mencuba dan insyaallah menjadi.

Redha Allah swt kita chari.


 

Wednesday, January 1, 2014

Laksam Ore Kelate (masak kerana isteri ngidam nie)

Salam dan Salam Sejahtera....

      Untuk kali ini, nak share sikit bagaimana cara nak masak satu masakan yang dari tempat asal Budak Buas. Laksam yang mana kalau di sebut sudah tentu orang akan ingat hanya di Kelantan sahaja. Okay kebetulan isteri mengidam nak makan Laksam, jadi terpaksalah masak untuknya, itupun macam - macam pandai jelah...

Bahan A (Laksam)

1/2 kg tepung beras yang telah dikisar.
Anggaran 2 liter air masak (yang telah disejukkan semalaman)
2 sudu besar tepung ubi.

cara menyediakannya : 

Ketiga-tiga bahan ini di gaul sebati dan dikukus menggunakan acuan saiz tudung periuk. Pastikan minyak disapukan pada tudung periuk bagi memastiakan bancuhan tepung yang hendak dikukus tidak melekat.

Bahan B (Kuah Lemak)

1 kg santan
1 1/2 kg ikan kembung / sardin (direbus dan di buang tulangnya)
1 cawan kelapa goreng yang telah dikisar halus
200 gram bawang yang telah dikisar halus
2 sudu teh black paper
3 batang serai yang dititik
2 inci halia yang dititik
Gula dan garam secukup rasa.

cara menyediakannya :

Santan, ikan, bawang dikisar sehingga hancur/ halus.dan masukkan semua bahan tadi ke periuk dan kacau sehingga mendidih dengan api yang perlahan. Pastikan ianya sentiasa dikacau dari permulaan sehingga kuahnya sejuk supaya kuah tidak menjadi berketul-ketul.


Bahan C (ulam-ulaman)

Cili Merah, Daun Kesum, Timun, Bunga Kantan dan Kacang Panjang dihiris nipis-nipis.
Taugeh mentah.

# Kesemua ulam ini ditaburkan di atas Laksam untuk dimakan bersama kuahnya. Kalau nak kick lagi boleh tambah serunding bagi rasa tu pelbagai.

                                                     

                                                      Tadaaaaa dan inilah hasilnya.





Redha Allah swt kita chari.

Wasalam n sekian...........................