Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts
Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts

Saturday, February 8, 2020

Bubur Nasi Ketam

Teks : Nazron Shah Ahmad

Makanan Kegemaran Sara

Menu yang simple dan untuk orang yang malas nak masak, konsepnya rebus dan terus rebus. Tapi kalau untuk orang sakit memang terbaik, ye laa dah sakit bagi pula bubur kosong, cubalaa olah sikit bagi rasa happy kawan yang sakit tu. Tapi budak buas buat nie pasal Sara memang suka sangat dan silap-silap dia sorang bleh habiskan nie. Bahannya mudah dan tak renyuh sangat nak buatnya.

Bahan-bahannya ;

1 gemgam beras.
1 sudu besar beras pulut / beras wangi
1 ekor ketam (ketam suri / bunga yg best. kalau ketam nipah bau selut adik).
1 inci halia muda (dipotong nipis dan berjari-jari)
air untuk masak bubur (subjektif nak bagi tahu )
secubit garam


Cara Membuatnya ;

      Didihkan beras (semua sekali) dalam periuk bersam-sama air sehingga beras bertukar menjadi moi / bubur. lepas tu masukkan ketam, halia dan garam dan masak lagi hingga 1/2 jam. dan sedia dihidangkan.

Senang dan simple kan


Benda simple tapi saja up untuk bagi ideal kepelbagaian masakan bubur


sekian dan selamat menhirup.

Redha Allah swt Kita Cha'ri













Thursday, May 18, 2017

Garlic rise with hearbs

Teks:NazronShahAhmad

Salam n salam sejahtera.

Puasa dah nak dekat. Kadang-kadang nak makan kat luar bajet la, menu tak sesuai la, dan masa singkat la. Oklah kali nie nak share satu menu yg simple tapi aromanya memang syok. Mudah dan simple ja.

Bahan-bahanya,
2 cawan beras (syorkan pakai bashmati)
2 cawan air
1 biji bawang putih (dikopek kulitnya dan di pecahkan sedikit)
2 sudu mentega / majerin
2 sudu minyak zaitun
Garam secukup rasa
Aneka herbs - sage, mint, pasley, rosemary dsb.
(Budak buas pakai yg nie pasal memang ada depan rumah,)

Cara membuatnya;

1. Basuhkan beras dan terus masakkan dengan air dan garam sehingga separuh masak.
2. Kemudian letakkan semua bahan ini dan gaulkan bersama.
3. Bila dah masak hidangkan. Nasi nie kalau nak sedap makan dgn ayam atau daging panggang kosong yang di perahkan jus lemon shj. Memang syok habis.




Sorry warna dah macam nasi beryani pasal salah planning masa tu masa nak masukkan warna. Kalau nak menarik bagi warna masa air mendidih memang akan sekatalah. Itupun kalau nak warna.


Redha Allah swt kita cha'ri.....












Thursday, April 2, 2015

Nasi Minyak Raja Berangkat

Teks : Nazron Shah Ahmad

Oklah lah untuk kali nie, saje nak share benda yang paling mudah dan senang buat rakan-rakan kali nie. Mana tahu yang mudah dan simple nie dapat membantu bagi yang betul-betul teringin nak buat nasi minyak untuk org tersayang tanpa perlu cari bahan yang susah nak dapatkan.

Raja Berangkat - istilah nie orang kelantan guna 
kalau nak masak cara ringkas dan cepat


Bahan-bahannya....

3 pot beras di basuh bersih terlebih dahulu
3 1/2 pot air 
Sedikit pewarna kuning telur
2 helai daun pandan.

Bahan menumis...

2 inci halia 
5 biji bawang merah
2 sudu mentega / majerin / minyak jagung / minyak masak (kalau dah tiada bahan lain) 
5 biji buah pelaga, 
10 biji cengkih  
2 inci kulit kayu 
garam secukupnya

Cara membuatnya.
1. Panaskan periuk dan tumis semua bahan ini seketika (hingga berbau wangi).
2. Masukkan air, pandan dan pewarna sehingga mendidih.
4. Masukkan beras dan kacau seketika dan tutup periuk sehingga nasi masak dan sedia dihidangkan.


* kalau ada kismis dan air mawar boleh digaulkan bersama nasi untuk menambahkan seri dan aroma nasi minyak nie.


Selamat mencuba
Redha Allah swt kita cha'ri


















Sunday, March 1, 2015

Bryani Ayam Dalam Talam


Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera..... 

Lama sungguh tak berblog, biasalah sejak hampir sebulan dah pindah ke Semenanjung nie, Budak Buas memang sibuk sikit dengan urusan barang lah, rumah lah, kereta lah cuma yang belum masuk dalam jadual urusan anak sekolah je. Biasalah anak pun kecik lagi. Oklah untuk kali nie saje nak share Nasi Bryani yang simple dan mudah untuk dijadikan santapan keluarga.


Bahan-bahannya;

4 cawan beras basmati
1/2 ekor ayam dipotong 6, yang celur terlebih dahulu (5 minit)
3 1/2 cawan air
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar rempah bryani
3 ulas bawang merah yang dikisar halus
2 sudu besar butter
2 helai daun pandan
1 sudu teh safron
3 sudu besar air mawar
1 sudu kecil kulit biji buah pala
1 inci halia
1 biji tomato dipotong dadu
3 helai daun salam / bay leaf
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak jagung / sawit untuk menumis.

Cara Memasaknya;

1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang, halia, tomato, rempah bryani dan bay leaf seketika.
2. Kemudian masukkan air dan susu sehingga mendidih dan barulah dimasukkan beras basmati yang telah di basuh bersama ayam, daun pandan, garam dan gula secukupnya.
3. Bila beras setengah masak masukkan kismis, gajus, dan butter dan gaul sehingga sebati. Kemudian taburkan safron, renjisan air mawar dan kulit buah pala dan tutupkan kembali periuk sehingga nasi betul-betul masak dan sedia dihidangkan.



                                          Sedap bila berebut makan terutama dengan isteri.


Selamat memcuba.
Redha Allah swt kita cha'ri.








Sunday, July 14, 2013

Nasi Kerabu Awal Ramadhan

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam Ramadhan  1434 Hijrah.....

Pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang suami. Rasa sayu, pilu dan gembira pun adalah pasal kalau dulu sorang-sorang saja dan kali ini berdua pula. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaMu serta rahmatMu hajat untuk menyambut ramadhan sebagai seorang suami akhirnya tercapai jua. Allahamdullilah.....

Sempena cuti sabtu yang pertama ramadhan isteri pula teringin nak makan nasi kerabu dan kerabu sarang (rumpai laut) maka dengan sedikit ilmu yg dikurniakan dan diperturunkan aku cuba membuat makanan tersebut. Buat punya buat dan untuk menambah keseronokan berbuka, jemput 2 - 3 keluarga untuk berbuka posa bersama-sama, maklumlah rumah kecil dan kena limited, takpa buat kawan-kawan lain, insyaallah hujung minggu lain kami akan jemput, insyaallah.

Note : isteri pula sibuk menambah pecuci mulut dengan kuih kaswi dan bubur ubi + labu bagi menambah varieti juadah hari tuuuu...... terima kasih isteri ku........


Nasi Kerabu Entry

a) Nasi :

Bahan-bahannya :

1/2 kg beras
2 inci halia, 1 gemgam daun kesum (akar/lebihan ), 2 batang serai, 3 ulas bawang merah, 2 helai daun pandan, (dikisar lumat dan ambil airnya shj - 2 cawan)
2 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
sedikit pewarna kuning atau biru (ikut jenis nasi yang hendak dibuat)
garam secukup rasa.

Cara Membuatnya :

1. Bersihkan beras secukupnya dan kemudian masukkan semua air kisaran dan air putih secukupnya (seperti memasak nasi), bersama garam secukup rasa, daun limau purut dan asam keping.
2. Masak nasi sehingga selesai.


b) Serunding Kelapa + Ikan

Bahan-bahanya :

1/2 biji kelapa parut (seeloknya kepala parut putih)
3 ekor ikan kembung / sardin (direbus dan dibuang tulangnya)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 batang serai

Cara Membuatnya :

1. Goreng kelapa (sangai) tanpa minyak dengan api yang perlahan-lahan kemudian bila kelapa sudah kuning keemasan masukkan ikan rebus yang telah di buang tulangnya dan goreng lagi sehingga hampir kering.
2. Tumbuk / blend halia, serai dan bawang kemudian campurkan dengan kelapa dan ditumbuk sedikit sehingga sebati dan siap dihidangkan.

c) Tumis

Bahan-bahanya :

1/2 kg santan pekat
2 batang serai (dititik)
2-3 ulas bawang besar
2-3 sudu cili giling
2 inci halia
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Didihkan santan sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan bawang, serai, halia dan cili giling dan bagi mendidih sehingga sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia dihidangkan.

d) Kerabu

Bahan-bahannya :

1 gemgam daun kesum
1 biji timun batang
1 biji bunga kantan
1/2 biji kubis
2 gemgam taugeh

( di potong halus-halus dan dihidangkan mentah)

# bahan sampingan dan iringan :

Keropok keping, budu, sambal, telur masin dan limau kasturi untuk tambahan dlm rencah nasi kerabu.


selamat mencuba dan insyaallah Redha Allah swt kita cha"ri.