Sunday, July 14, 2013

Nasi Kerabu Awal Ramadhan

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam Ramadhan  1434 Hijrah.....

Pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang suami. Rasa sayu, pilu dan gembira pun adalah pasal kalau dulu sorang-sorang saja dan kali ini berdua pula. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaMu serta rahmatMu hajat untuk menyambut ramadhan sebagai seorang suami akhirnya tercapai jua. Allahamdullilah.....

Sempena cuti sabtu yang pertama ramadhan isteri pula teringin nak makan nasi kerabu dan kerabu sarang (rumpai laut) maka dengan sedikit ilmu yg dikurniakan dan diperturunkan aku cuba membuat makanan tersebut. Buat punya buat dan untuk menambah keseronokan berbuka, jemput 2 - 3 keluarga untuk berbuka posa bersama-sama, maklumlah rumah kecil dan kena limited, takpa buat kawan-kawan lain, insyaallah hujung minggu lain kami akan jemput, insyaallah.

Note : isteri pula sibuk menambah pecuci mulut dengan kuih kaswi dan bubur ubi + labu bagi menambah varieti juadah hari tuuuu...... terima kasih isteri ku........


Nasi Kerabu Entry

a) Nasi :

Bahan-bahannya :

1/2 kg beras
2 inci halia, 1 gemgam daun kesum (akar/lebihan ), 2 batang serai, 3 ulas bawang merah, 2 helai daun pandan, (dikisar lumat dan ambil airnya shj - 2 cawan)
2 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
sedikit pewarna kuning atau biru (ikut jenis nasi yang hendak dibuat)
garam secukup rasa.

Cara Membuatnya :

1. Bersihkan beras secukupnya dan kemudian masukkan semua air kisaran dan air putih secukupnya (seperti memasak nasi), bersama garam secukup rasa, daun limau purut dan asam keping.
2. Masak nasi sehingga selesai.


b) Serunding Kelapa + Ikan

Bahan-bahanya :

1/2 biji kelapa parut (seeloknya kepala parut putih)
3 ekor ikan kembung / sardin (direbus dan dibuang tulangnya)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 batang serai

Cara Membuatnya :

1. Goreng kelapa (sangai) tanpa minyak dengan api yang perlahan-lahan kemudian bila kelapa sudah kuning keemasan masukkan ikan rebus yang telah di buang tulangnya dan goreng lagi sehingga hampir kering.
2. Tumbuk / blend halia, serai dan bawang kemudian campurkan dengan kelapa dan ditumbuk sedikit sehingga sebati dan siap dihidangkan.

c) Tumis

Bahan-bahanya :

1/2 kg santan pekat
2 batang serai (dititik)
2-3 ulas bawang besar
2-3 sudu cili giling
2 inci halia
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Didihkan santan sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan bawang, serai, halia dan cili giling dan bagi mendidih sehingga sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia dihidangkan.

d) Kerabu

Bahan-bahannya :

1 gemgam daun kesum
1 biji timun batang
1 biji bunga kantan
1/2 biji kubis
2 gemgam taugeh

( di potong halus-halus dan dihidangkan mentah)

# bahan sampingan dan iringan :

Keropok keping, budu, sambal, telur masin dan limau kasturi untuk tambahan dlm rencah nasi kerabu.


selamat mencuba dan insyaallah Redha Allah swt kita cha"ri.