Showing posts with label Resepi Masakan Kampung. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Kampung. Show all posts

Thursday, January 19, 2023

Kerabu Ikan Tamban Mentah

 Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan salam sejahtera.


Bukan apa makanan orang lama nie jangan dilupakan, kita yang semakin maju sekarang mana nak tahu makanan orang kampung dulu-dulu kala. Jadi kali ini, saja budak buas nak share satu lagi resepi orang pulau atau orang pantai yang mana makanan nie simple tetapi membangkitkan selera. Bajet pun murah tetapi kaya dengan gisi nutrisi yang tinggi katakan. 


Bahan-bahannya:

1/2 kg ikan tamban ( saiz 2 jari dibuang kepala dan tulang tengah serta dipotong melintang halus-halus)

15-20 biji limau kasturi (ikut kesesuaian)

1 sudu besar gula

2 biji bawang holand (dimayang serong)

3 batang serai ( di mayang halus)

5 biji cili burung burung (dimayang halus)

1 biji tomato (dimayang - kalau suka)

2 inci halia muda (dimayang jejari halus)

Secubit garam


Cara membuatnya: 

Gaul semua bahan tadi sekalikan dan selepas tu masukkan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam sebelum makan. Ikan yang diperah limau akan masa dengan sendirinya apabila isi ikan sedikit keputihan. Selamat mencuba. 





Biar takda rupa tapi sedap kena pula dengan ulaman dan sambal belacan memang on terus 2 pinggan nasi. 


Redha Allah swt kita cha'ri......












Sunday, January 15, 2023

Ikan Pekasam Goreng Telur

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam n tak salah kalau masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kan....

     Ok untuk kali nie, saja nak bagi tambah variasi sikit dalam makanan lama orang kampung. Selalunya ikan pekasam nie orang makan goreng kosong ja, tapi kalau ikan dah terlalu lama bila goreng pasti hancur n last2 buang begitu sahaja. 

    Budak Buas kali ini, saja nak bagi tambah nilai kat ikan pekasam nie, bagi sedap dan menyelerakan sikit. Kalau Budak Buas biasanya akan masukkan telur sebiji dua, hirisan halia muda, potongan cili dan bawang yg di mayang nipis. Kacau dan goreng je bersama ikan. Alaaa ala2 ikan celup tepung gitu. 

      Bilamana dah masak, perahkan asam limau bagi potong sikit masimnya dan sedia dihidangkan. Makan pula dengan nasi panas sama ulam-ulaman seperti timun batang atau kacang botol, memang terangkat. 


  Haaa tu laaaa rupanya geng. 





Redha Allah swt kita cha'ri.....


Thursday, May 28, 2020

Terubuk Goreng Sumbat Belado.

Teks : NazronShahAhmad


Salam Syawal 1441 Hijrah.

         Rasanya sekarang dalam Musim PKP Raya dan Budak Buas masih dalam menyelesaikan amalan sunat yang belum diselesaikan. Untuk hari ini sempena hari ketiga Puasa Sunat Syawal, saje Budak Buas nak share satu resepi yang sebenarnya di aspirasikan daripada menu di salah satu tempat kesukaan budak buas kalau pergi Pulau Pinang. Menu nie sebenarnya menu simple tapi kalau kena dengan gayanya memang licin habis makan nasi tengahari. Tapi berhati-hati, tulang ikan terbuk yang halus dan lembut mungkin tidak susuai bagi sesetengah orang atau kanak-kanak amnya. 


Bahan-bahannya,

1 ekor Ikan Terubuk ( angaran berat 700 - 1000 gram) tapi kalau dapat yang local 
      Sarawak lagi nyaman.
Minyak untuk mengoreng
Kunyit dan garam

Sambal :
3 sudu besar cili giling (terpulag kepada suka pedas atau tidak)
3-5 biji bawang merah di mayang halus
1 inci halia di mayang halus
1/2 biji tomato di potong dadu.
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
1/3 cawan air asam jawa
1 sudu teh serbuk belacan (yang ketui pun ok juga)
1 sudu teh sos tiram
garam dan gula secukup rasa,
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

       Ikan dibersihkan (belah belakang) dan di sapu kunyit dan garam kemudian digoreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga garing semuanya. ( di toskan di tepi)



Sambal Sumbat.

1. Tumiskan minyak (2 sudu besar) dan masukkan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga menjadi kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan cili giling dan tomato tunggu sehingga seketika dan seterusnya masukkan sos tiram, air asam jawa dan belacan serta sedikit air dan tunggu sehingga sambal betul-betul pecah minyak. kemudian taburkan garam dan gula secukup rasa. 

# Selepas sambal disiapkan, masukkan dalam belahan ikan terubuk goreng tadi untuk dihidangkan. Pastikan sebelum makan perahkan asam limau kasturi dahulu.





tak try maka tak cinta.





Sekian, selamat mencuba.

Redha Allah swt kita cha'ri

























Thursday, April 23, 2020

Perut Lembu Nyicoh

Teks : Nazron Shah Ahmad

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba....

     Bulan Ramadhan yang hampir tiba nie, kalau orang kelate memang laku laa perut, limpa dan kelempung lembu terutamanya. Pasal apa nie macam-macam boleh buat terutama untuk berbuka puasa ataupun makan lepas solat tarawikh. Tapi tahun nie, belum tentu semua tu dapat merasa kerana kita masih dalam keadaan wabak Covid - 19 yg melanda dan PKP pun sehingga awal Ramadhan masih berjalan.

     Oklaa, takpa kali nie budak buas nak share satu menu yg simple juga untuk pembuka selera ketika bulan puasa. simple dan ringkas je.

Bahan-bahannya;

1 kg perut lembu (perut babat / perut tembusu )
7-10 biji cili burung (dimayang halus)
1 batang serai (dimayang halus)
3 sudu besar cuka makan
7-10 biji limau kasturi / limau nipis
1 biji bawang besar (mayang halus)
1 ikat kecil daum sup dan daun bawang ( dimayang halus)
gula dan garam secukupnya.



Cara membuatnya:

1.  Perut lembu direbus sehingga empuk (kalau nak cepat semasa merebus masukkan sedikit safron untuk mempercepatkan perut lembu empuk). Lepas itu di toskan kering dan di potong dalam saiz 2 inci dan di asingkan.
2.  Untuk kuah mencicah, ambil 1 cawan air rebusan perut tadi dan dicampurkan dengan semua bahan-bahan lain serta pastikan kompinasi manis, masam, masih dan pedas sebati. 

# untuk sesetengah orang lebih suka dimakan secara berasingan, maksudnya nak makan perut di cicah dahulu dengan kuahnya, tetapi budak buas lebih suka gaulkan balik perut dengan kuah cicah tersebut baru dia sekata.



Makan dengan nasi panas campur pula dengan ikan masin memamg syok





sekian dan selamat mengolah.

Redha Allah swt Kita Cha'ri


















Friday, August 17, 2018

Telur Masin Masak Lemak Cili Api

Teks : Nazron Shah Ahmad

Makanan orang kampong memang kalau kena cara dan lawannya dua pingan nasi pun tak cukup. kena pula telur masin masak lemak nie kalau budak buas punya pukulan memang lebih makan hari tu. Sebenarnya nie resepi mudah tetapi bila makan masakan ini teringat arwah nenek yang sentiasa masak telur masin masak lemak cili api nie. (Al fatihah buat semua insan yang telah tiada).

Bahan-bahannya...

6 biji telur masin
1/2 kg santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar bawang yang telah dikisar
1 sudu besar cili burung/cili boh yang telah dikisar halus
1 batang serai dititik
5-10 biji belimbing buluh @ 3 keeping asam keeping (ikut apa ada)
1 sudu besar serbuk kunyit / kalau ada kunyit fresh lagi baik (dikisar juga).
gula secukupnya...


Cara memasaknya.

1. Masukkan semua bahan (kecuali telur) bersama-sama dan biarkan bahan ini mendidih.
2. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam kuahnya. Biarkan didiahn tadi seketika sebelum dihidangkan.

# pastikan telur masin dipecahkan dalam mangkuk dahulu takut ada yg rosak.



Pekat melikat dan gaul terus dengan nasi memang terangkat



Insyallah terangkat...

Redha Allah swt Kita Cha'ri


Friday, January 26, 2018

Sambal Goreng Versi Orang Jawa

Teks : Nazronshahahmad

Salam dan Salam Sejahtera...

Memang kesukaan Budak Buas dah makanan nie, semenjak dua menjak nie. Makanan kesukaan ramai dan boleh dikatakan semua bangsa dan tempat kenal sambal goreng nie, cuma versinya mungkin berlaian ikut tempat dan sifunya. Nie pun Budak Buas dapat daripada My Mertua Girl yg sememangnya makanan kami kalau musim perayaan dan keramaian. Oklah Jom try buat.


Tak sempat nak hias - Gambar dalam kuali

Bahan asasnya:

5 keping hati ayam bersama pedal - dipotong nispis dan digoreng
2 keping tempe dihiris nipis dan digoreng
5 biji kentang dihiris nipis dan digoreng
50 gram tauhu kering / pucuk - dipotong 2 cm dan digoreng
1 ikat kacang panjang - dipotong serong
5 biji tauhu basah - dipotong nipis dan digoreng
1 bungkus soo unn (50 gram) - direndah seketika
3 biji cili hijau/merah dihiris nipis

Bahan sambal;

1/2 cawan minyak masak
100 gram bawang merah
3 inci halia
1 labu bawang putih
1 cawan cili giling
2 batang serai
1 mangkuk air asam jawa
1 gemgam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya ;
1. Panaskan minyak dan kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, ikan bilis dan tumis sehingga kekuningan sedikit. Kemudian masukkan cili giling serta air asam jawa, garam dan gula sehingga pecah minyak (bahan ramuan nie menjadi kering sedikit).
2. Kemudian masukkan satu persatu bahan asas dimulai dengan hati ayam dan pedal dan diakhiri dengan cili hijau/merah sambil ramuan tadi dikacau sebati satu persatu.
3. Masak dan gaul semua bahan ini sehingga kering dan sedia dihidangkan.


# Makan dengan nasi putih, lontong, lemang pun sedap.
# Jangan percaya buat aja.

Redha Allah swt Kita Cha'ri




















Monday, January 22, 2018

Ikan Percik Versi Kelantan

Teks : Nazronshahahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Rasanya ini entry pertama budak buas untuk tahun 2018. Memang jang-jang sekali dapat memasukkan entry krn masa memang terlalu cemburu dengan kami. Tahun nie Sara (anakanda) pun dah hampir 4 tahun dan tuk tang, tuk tang tahun 2019 insyaallah masuk sekolah pula. Maka bertambahlah jadual tugas Budak Buas nanti. Apapun insyaallah kami akan jaga amanahMu Ya Allah swt dengan rezeki yg diberikan ini.

Oklah berceloteh banyak, tak guna saja nak share satu lagi menu kesukaan my mertua girl iaitu ikan percik versi kelantan. oklah selamat mencuba.


Bakar dan siram memang syok.

Bahan-bahannya,

3-4 ekor ikan kembung besar (mambong) dibuang perutnya

Kuah Percik :

1 kotak santan segera 250 litter / 1/2 biji kelapa pekat
1 inci halia
2 biji bawang merah (jenis besar)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar cili giling
Gula melaka 1 sudu besar (diparut)
2 keping asam keping
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung beras (bancuh dengan 1/2 cawan air)


Cara Memasaknya.

1. Bagi penyediaan kuahnya, masakkan santan bersama-sama cili giling, serai asam keping, daun pandan serta bawang merah bersama-sama halia yang dikisar lumat. jika santan terlalu pekat nasukkan 1 cawan air bagi semua bahan-bahan ini mendidih hingga pecah minyak sedikit.
2. Kemudian masukkan garam dan gula melaka biar bahn ini mendidih seketika dan barulah dimasukkan bancuhan tepung beras sehingga kuahnya menjadi pekat.
3. Ikan dibakar kosong sehingga 2/3 masak. (selalunya Budak Buas panggang atas dapur gas yg dialaskan dengan plate besi yg digunakan untuk memangang atau nak senang grilkan sahaja pun ok).
4. Kemudian curahkan kuah percik tadi dan bakar sehingga ikan betul-betul masak dan lebihan kuah disiram untuk untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba....

Insyaallah jangan percaya buat aja.

Redha Allah swt Kita Cha'ri
























Sunday, May 14, 2017

Pengat Sukun dengan Pulut

Teks:Nazronshahahmad

Salam dan sejahtera.

Lama tak masukkan entry.

Oklah puasa pun dah hampir tiba dan kali nie saja nak share resepi kampung yg mungkin sesetengah orang tak terfikir nak buat. Juadah nie pun memang baik kalau buat berbuka puasa.

Bahan-bahanya;

- Sebiji sukun yg sederhana masak ( dalam 500g berat) dibuang kulit dan dipotong sebesar 2 jari
- 1 liter santan
- 2/3 liter air
- sebiji gula melaka
- 3 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu teh garam

Untuk pulut - 300 gram pulut dikukus sehingga masak

Cara membuatnya:

1. Didihkan air bersama gula melaka, gula putih, pandan dan garam.
2. Kemudian masukkan sukun selama 3 - 4 minit dan disusuli dengan santan.
3. Kacau sehingga sebati dan kuah mendidih.
4. Hidangkan bersama pulut untuk kesedapan berganda.







Memang terangkat kalau buat berbuka puasa

Redha Allah swt kita cha'ri


Saturday, May 14, 2016

Pais ikan bilis dara

Teks:Nazron shah ahmad

Simple je masaknya.




Bahannya.

200g ikan bilis segar.
1 inci kunyit
3 ulas bawang merah
1 batang serai
1 helai daun kunyit
3 biji cili burung
Garam secukupnya.

Cara membuatnya.

1. Tumbuk semua bahan-bahan ini dan gaulkan dengan ikan.
2. Bungkus dengan kertas aluminium dan bakar/masukkan dlm oven selama 13 minit dgn suhu 150 darjah celcius dan selepas itu sedia dihidangkan.



Redha Allah saw kita chari


Monday, December 8, 2014

Masak Lemak Pucuk Bandung dengan Daging Salai Nogori.

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Kak Elaira oooo Kak Elaira. Nie pasal duk tunjuk menu dialah sekali buat hati budak buas teringin nak makan juga masakan nie. Tuhan maha kaya, sekali daging salai nogori yang isteriku beli tempoh hari masih ada kat dalam peti ais rumah. Jadi apa lagi buatlah menu nie bagi mengubat rindu anak perantau.

 
Memang bertambah makan nasi hari tu.
 
 
Bahan-bahannya;
 
1 ikat Pucuk Bandung (Semenjung panggil pucuk ubi).
300 gram daging salai yang dihiris nipis.
2 ulas bawang merah besar (di kisar halus)
10 - 15 biji cili burung (juga dikisar)
2 1/2 - 3 inci kunyit (dikisar bersama)
1/2 kg santan kelapa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa.
 
 
Cara membuatnya;
 
1. Panaskan periuk bersama bancuhan air, bahan yang dikisar bersama sedikit santan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan daging salai sehingga naik bau aromanya dan selepas itu masukkan semua santan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan pucuk bandung dan biarkan sehingga empuk dan masukkan garam dan gula secukupnya sebelum sedia dihidangkan.
 
 
Sekian.
 
Redha Allah swt kita chari.
 
 
 
 


Friday, November 28, 2014

Ikan Sungai Masak Lemak Tempoyak




Teks : Nazron Shah Ahmad

Atas permintaan kawan-kawan, dan hendak dijadikan kebetulan masa pergi pasar Balai Ringin, Sarawak sekali terjumpa ikan sungai da. Oklah masakan ini, Budak Buas belajar daripada kaum kerabat Tengku, tu pun secara tak sengaja dan balik rumah buat penambahbaikan sikit bagi sesuai dengan citarasa sendiri. Patik minta maaf Ku kalau olahan patik nie dah tak sama seperti asalnya.....



Mak mertua lalu di belakang memang tak perasan
kalau tengah makan.


Bahan-bahannya;

1 kg Ikan Sungai (Lampan, Sebarau atau Tengas)
2 mangkuk tempoyak
1 1/2 mangkuk air
1/2 kg pati santan
5 ulas bawang merah dikisar.
3 inci kunyit hidup dikisar
2 biji cili merah dikisar
15 biji cili burung di kisar
10 - 15 biji belimbing buluh
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa.



Cara membuatnya;

1. Panaskan periuk serta masukkan santan, air dan tempoyak serta bahan-bahan yang dikisar sehingga mendidih di samping asam keping bersama-sama.
2. Kemudian masukkan ikan dan belimbing buluh dan biarkan 5 - 7 minit. Serta masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.



Monday, November 24, 2014

Bunga Durian Goreng Belacan

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Entry nie, sebenarnya lama dah nak post tapi apakan daya dah memang masa asyik tak sempat je. Oklah nak dijadiakn cerita, ini pun kali pertama Budak Buas makan bunga durian, so Cik Isteri yang tolong ajarkan bagaiman nak masak bunga durian nie. Oklah bahan-bahannya...........

Bunga Durian 200gram (dicelur dahulu bagi lembut)
Belacan 2 cm
2 ulas Bawang Putih di ketuk
1 Labu Bawang Besar di mayang 
1 Biji Cili Merah dimayang
Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara memasaknya;

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.
2. Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan air
3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuanya pekat, kemudian sedia dihidangkan.


                                            Unik tapi memang menyelerakan bila makan 
                                                     dengan nasi lembik panas-panas.

Sekian terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.....










Friday, November 7, 2014

Siput Sedut Masak Lemak dengan Keladi

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan salam sejahtera.....

Pagi minggu lepas, kebetulan kami memang takda kerja yang hendak dilakukan, makan pusing-pusing keliling Kuching dan akhirnya terjumpa siput sedut yang sememangnya kesukaan isteri Budak Buas. Apa lagi beli je dan terus bawa pulang untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Oklah cara memasaknya.....


Sodap.............


Bahan-bahannya;

1/2 kg siput sedut yang dipotong hujungnya.
1/2 kg santan kelapa
1 pokok keladi ( dipotong dan direbus terlebih dahulu supaya empuk)
5 helai daun kaduk ditumbuk lumat
10 ulas bawang merah di kisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 susu besar cili giling
1 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya;

1. Panaskan santan dengan 2 cawan air.
2. Kemudian masukkan daun kaduk, bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit dan cili giling         
    sehingga mendidih.
3. Selepas itu masukkan siput sedut dan keladi sehingga semua ramuan sebati dan mendidih. 
4. Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri 



Thursday, October 2, 2014

Daging Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang

Teks : Nazron Shah Ahmad

Bangun Sahur memang termenung nak fikir apa menu sesuai. Nak dijadiakn cerita, kebetulan esok Jumaat nak berpuasa sempena Hari Arafah, saya cadangkan satu menu yang ringkas tapi insyaallah memang licin makan bila kena dengan nasi lembik panas. Kebetulan nie memang menu selalu saya kalau berpuasa sunat isnin atau khamis bersama isteri.



Nielah rupanya, pernah sekali kami berdua terpaksa ajar tukang masak di sebuah kedai makan cara nak buat daging goreng kunyit kerana kebetulan masa tu isteri terliur sangat nak makan masakan ini.


Bahan-bahannya;

- 250 gram daging (di hiris nipis)
- 7 batang kacang panjang ( dipotong 3 inci )
- 1 biji bawang besar dimayang
- 1 biji cili besar dipotong memanjang
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 ulas bawang putih dihiris nipis
- 2 inci halia ( dipotong jejari)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam scukupnya


Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dan masukkan daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam (biarkan air dari daging kering dan daging bertukar menjadi keperangan).
2. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar dan halia serta cili dan biarkan seketika kemuadian masukkan kacang panjang dan goreng sehingga layu. Kemudian hidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari











Saturday, July 19, 2014

Udang Galah Sambal Chilies

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam sejahtera....

Kalau bertandang ke Pasar Satok, Kuching, tidak sah kalau tak jumpa udang galah yang kebanyakannya udang yang dipancing di kawasan sekitar. Dari segi harga tidaklah melampau sangat kerana kita boleh dapat dengan harga serendah RM28.00 hingga mencecah RM60.00 sekilo dalam satu-satu masa, bergantung pada musimnya juga.

Oklah untuk entry kali ini saje nak share satu kaedah masakan udang galah yang tidaklah terlalu susah dan senang untuk disediakan.



Bahan-bahannya ; 

- 2 ekor Udang Galah sederhana besar.
- 2 batang serai.
- 7 tangkai cili kering yang direbus selama 5minit untuk dilembutkan.
- 1 inci halia
- 4/5 ulas bawang merah kecil.
- 2 keping asam keping @ 1 sudu pes asam jawa (Adabi je).
- 1/2 ruas belacan
- Garam dan Gula melaka secukupnya.
- Minyak untuk menumis.

Cara membuatnya; 

a) Udang dibersihkan dan di masak dengan campuran minyak dan butter dalam jangkamasa 2-3 minit         sebelah bahagian udang dan selepas itu ditoskan.
b) Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat kecuali minyak, garam dan gula.
c) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga bahan tersebut betul-betul masak 
    (pecah minyak). Kemudian barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
d) Kemudian bahan ini diserakkan di atas udang dan boleh dihidangkan. Sekian.


Redha Allah swt kita chari.























Sunday, April 20, 2014

Pucuk Labu Masak Lemak.

Teks : Nazron Shah Ahmad
Sumber dari rakan blog ... untuk yg tidak mengenali pucuk labu



Salam dan salam sejahtera.....

Lama sungguh tak berentry. Kebetulan malam semalan bawa isteri jalan-jalan ke pasar malam Satok, Kuching, Sarawak. Sekali terjumpa pucuk labu daa.... teringat masakan bonda di kampung, jadi nak diringkaskan cerita, maka operasi memasak pun dimulakan.

Bahan-bahannya.

- Pucuk Labu seikat di siat-siat batangnya dan dipotong kecil.
- Santan 2 cawan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 biji cili hijau (b)
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 1 cawan air
- 1 gengam ikan bilis ditumbuk halus.
- Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya.

1. Masukkan santan, air, ikan bilis, dan serbuk lada hitam sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan pucuk labu, bawang dan cili hijau sehingga semua bahan ini layu.
3. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan hidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.