Friday, January 20, 2023

Meehon Sup Gearbox Kambing

 Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan salam sejahtera.

Sempena cuti CNY tahun Arnab 2023, budak buas tak tahu nak makan apa, jadi selongkar laa peti ais, sekali terjumpa gearbox kambing yang ntah berapa lama dah beli. Nak dijadikan cerita rebus je kosong gearbox tu, pastu masukkan bahan-bahan tambahan dan tadaaa jadilaaa sup gear box. 

    Tetapi kalau nak sedap masukkan perencah sup thai Adabi terus rasanya lain macam sedapnya. Bila dah empuk masukkan hirisan bawang besar, halia dan bawang putih yang digoreng ke dalam sup tersebut lagilaaa bangkit selera dan aromanya. 

      Ahkirnya masukkan meehon dan biarkan dalam 3-5 minit kemudian dah boleh hidangkan. Senang dan simple kan. Makan pula demgan cili potong jeruk dan perahkan lemon terus semangkuk licin. 


Cara senang tapi boleh licin 




Sekian,

Redha Allah swt kita cha'ri.....

No comments:

Post a Comment