Friday, January 3, 2014

Kuew Teow Masak Tomyam Udang Galah

Salam dan Salam Sejahtera.........

       Hakikatnya nasib baiklah Allah swt memberi sedikit kelebihan ini kepada Budak Buas untuk menyediakan campuran makanan yang taklah seberapa ini. Kalau diikutkan kata hati memanglah ingin saja Budak Buas terus mendapatkan makanan yang diminta oleh Si Isteri yg sarat mengandung (5 bulan) untuk mengisi kemahuan makannya seharian. Tetapi apakan daya kerana setiap kali kami makan diluar sudah pastinya Si Isteri mengalami migrain ataupun sakit kepala yang teruk ekoran kebanyakan masakan di luar meletakkan serbuk perasa ataupun MSG dalam masakan mereka.





Bahan-bahannya;

a) Daun Limau Purut - 3 helai
b) Bawang Putih - 2/3 ulas
c) Cili Giling - 1 sudu besar
d) Serbuk Lada Hitam - 1 sudu teh
e) Bawang Besar - 1 biji di mayang kasar
f) Serai - 2 batang dititik.
g) 250 gram kuew teow
h) 2 ekor Udang Galah bersaiz sedarhana besar
i) 1 Biji Tomato ( dipotong dadu )
j) Sayur Sawi - secukupnya.
k) Minyak masak untuk menumis dan garam secukupnya

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili giling sehingga naik baunya. Kemudian masukkan serai, tomato, daun limau purut, dan 2 cawan air ke dalam campuran tadi dan tunggu sehingga mendidih. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan terakhir sekali masukkan keow teow udang dan tunggu sehingga mendidih. 

nota : pastikan udang dimasak lebih kurang 2-3 minit sahaja untuk mengekalkan rasa dan kemanisannya.  
sekian dan selamat mencuba....

Redha Allah swt kita chari





No comments:

Post a Comment