Saturday, December 13, 2014

Laksa Sarawak Mudah

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Punyalah lama duk mikir nak makan Laksa Sarawak, tapi terpaksa batalkan niat pasal isteri asyik duk mintak makanan nie lah, makanan tu lah. Tetapi akhirnya dengan berbekalkan sedikit niat akhirnya tercapai juga Budak Buas dapat makan Laksa Sarawak homemade sendiri. Oklah nak memudahkan cerita kali nie, Budak Buas nak bagi tahu cara nak masak Laksa Sarawak menggunakan cara yang paling mudah dan simple je. Tak payah pening-pening nak cari 20 rempah ratus nak buat pes laksa. (Insyaallah entry lain Budak Buas share 20 rempah ratus tu... :))


Nyaman sik.....

Bahan-bahannya.

bahan 1 : kuah.

- Paket 150 gram Pes Laksa Sarawak. 
- 300 gram Santan
- 11/2 liter air rebusan udang dan ayam.
- 1 sudu teh serbuk kari
- Gula dan Garam secukupnya

bahan 2: asas / lauk.

- 2 gengam taugeh - dicelur sekejap
- 2 biji telur - digoreng dadar dan dihiris nipis-nipis
- 1 keping dada ayam direbus dan diracik halus.
- 250 gram udang saiz sederhana - dicelur seketika
- 1/2 bungkus beehoon di celur supaya lembut.
- sedikit daun pudina
- hirisan limau kasturi.

Cara membuatnya;

1. Masakkan pes laksa bersama rempah kari dengan 1/2 liter rebusan air selama 30 minit. Kemudian 
    tapiskan.
2. Kemudian campurkan tapisan air dengan santan dan biarkan mendidih seketika.
3. Selepas itu, tambahkan lebihan air rebusan dan biarkan mendidih seketika dan barulah dimasukkan 
    garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk menghidang, sediakan semangkuk beehoon bersama bahan-bahan 2 dengan kuantiti yang           berpadanan bersama-sama kuah untuk disediakan. 

Selamat mencuba dan insyaallah menjadi.

Redha Allah swt kita chari.


 

Monday, December 8, 2014

Masak Lemak Pucuk Bandung dengan Daging Salai Nogori.

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Kak Elaira oooo Kak Elaira. Nie pasal duk tunjuk menu dialah sekali buat hati budak buas teringin nak makan juga masakan nie. Tuhan maha kaya, sekali daging salai nogori yang isteriku beli tempoh hari masih ada kat dalam peti ais rumah. Jadi apa lagi buatlah menu nie bagi mengubat rindu anak perantau.

 
Memang bertambah makan nasi hari tu.
 
 
Bahan-bahannya;
 
1 ikat Pucuk Bandung (Semenjung panggil pucuk ubi).
300 gram daging salai yang dihiris nipis.
2 ulas bawang merah besar (di kisar halus)
10 - 15 biji cili burung (juga dikisar)
2 1/2 - 3 inci kunyit (dikisar bersama)
1/2 kg santan kelapa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa.
 
 
Cara membuatnya;
 
1. Panaskan periuk bersama bancuhan air, bahan yang dikisar bersama sedikit santan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan daging salai sehingga naik bau aromanya dan selepas itu masukkan semua santan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan pucuk bandung dan biarkan sehingga empuk dan masukkan garam dan gula secukupnya sebelum sedia dihidangkan.
 
 
Sekian.
 
Redha Allah swt kita chari.
 
 
 
 


Tuesday, December 2, 2014

Ketam Suri Goreng Bercili

Teks : Nazron Shah Ahmad

Alaihai isteri, dengar ketam memang senyum. Apa nak buat minat dan suka sangat dengan ketam, masak apa pun janji ketam. Nasib baiklah kat Sarawak nie ketam murah dan fresh. Syukur pada mu Allah swt dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini.


Memang terangkat biarpun pedas sedikit.

Bahan-bahannya;

3 ekor ketam suri (ketam bunga) digoreng dahulu.
2 sudu besar cili giling
1 biji telur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap sotong (nam pla sos)
1 inci halia di hiris jejari
1 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih dititik
1 susu teh serbuk lada putih
1 susu besar minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang untuk hiasan


Cara memasak.

1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar dengan minyak sehingga kekuningan dan selepas itu barulah dimasukkan cili giling.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap sotong bersama 1/2 cawan air.
3. Kemudian, kepukkan telur dan masukkan di dalam tumisan tadi dan gaulkan bersama-sama ketam.
4. Biarkan semuanya sebati dan pekat kemudian hidangkan dan barulah di taburkan serbuk lada putih bersama hirisan daun bawang untuk hiasan..

Sekian n selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.



Friday, November 28, 2014

Ikan Sungai Masak Lemak Tempoyak




Teks : Nazron Shah Ahmad

Atas permintaan kawan-kawan, dan hendak dijadikan kebetulan masa pergi pasar Balai Ringin, Sarawak sekali terjumpa ikan sungai da. Oklah masakan ini, Budak Buas belajar daripada kaum kerabat Tengku, tu pun secara tak sengaja dan balik rumah buat penambahbaikan sikit bagi sesuai dengan citarasa sendiri. Patik minta maaf Ku kalau olahan patik nie dah tak sama seperti asalnya.....



Mak mertua lalu di belakang memang tak perasan
kalau tengah makan.


Bahan-bahannya;

1 kg Ikan Sungai (Lampan, Sebarau atau Tengas)
2 mangkuk tempoyak
1 1/2 mangkuk air
1/2 kg pati santan
5 ulas bawang merah dikisar.
3 inci kunyit hidup dikisar
2 biji cili merah dikisar
15 biji cili burung di kisar
10 - 15 biji belimbing buluh
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa.



Cara membuatnya;

1. Panaskan periuk serta masukkan santan, air dan tempoyak serta bahan-bahan yang dikisar sehingga mendidih di samping asam keping bersama-sama.
2. Kemudian masukkan ikan dan belimbing buluh dan biarkan 5 - 7 minit. Serta masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.



Monday, November 24, 2014

Bunga Durian Goreng Belacan

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Entry nie, sebenarnya lama dah nak post tapi apakan daya dah memang masa asyik tak sempat je. Oklah nak dijadiakn cerita, ini pun kali pertama Budak Buas makan bunga durian, so Cik Isteri yang tolong ajarkan bagaiman nak masak bunga durian nie. Oklah bahan-bahannya...........

Bunga Durian 200gram (dicelur dahulu bagi lembut)
Belacan 2 cm
2 ulas Bawang Putih di ketuk
1 Labu Bawang Besar di mayang 
1 Biji Cili Merah dimayang
Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara memasaknya;

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.
2. Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan air
3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuanya pekat, kemudian sedia dihidangkan.


                                            Unik tapi memang menyelerakan bila makan 
                                                     dengan nasi lembik panas-panas.

Sekian terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.....










Friday, November 14, 2014

Keluar Paper Utusan Borneo

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam sejahtera.

Sabtu lepas, atas ajakan dan permintaan Isteri, Budak Buas ke Program Nip Nip 2014 bertempat di Plaza Merdeka, Kuching. Antara aktivitinya bagaimana menyusukan baby ketika di tempat awam, penerangan tentang kepentingan susu ibu dan cara-cara mengendong bayi oleh kumpulan Sarawak Babywearers yang mana Isteriku salah seorang admin dalam group nie. Punyalah gigih membantu Isteri masa tu, sekali wartawan ambil gambar dan muka Budak Buas serta Isteri masuk surat khabar dan website rasmi Utusan Borneo pada 11 Nov. Nielah buktinya;
http://www.theborneopost.com/2014/11/11/susu-ibu-tetap-terbaik-untuk-si-manja/

    Banyak ilmu dan perkongsian semasa program separuh hari ini dijalankan dan insyaallah kalau ada kesempatan tahun hadapan kita orang joint lagi.

Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri.

Friday, November 7, 2014

Siput Sedut Masak Lemak dengan Keladi

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan salam sejahtera.....

Pagi minggu lepas, kebetulan kami memang takda kerja yang hendak dilakukan, makan pusing-pusing keliling Kuching dan akhirnya terjumpa siput sedut yang sememangnya kesukaan isteri Budak Buas. Apa lagi beli je dan terus bawa pulang untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Oklah cara memasaknya.....


Sodap.............


Bahan-bahannya;

1/2 kg siput sedut yang dipotong hujungnya.
1/2 kg santan kelapa
1 pokok keladi ( dipotong dan direbus terlebih dahulu supaya empuk)
5 helai daun kaduk ditumbuk lumat
10 ulas bawang merah di kisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 susu besar cili giling
1 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya;

1. Panaskan santan dengan 2 cawan air.
2. Kemudian masukkan daun kaduk, bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit dan cili giling         
    sehingga mendidih.
3. Selepas itu masukkan siput sedut dan keladi sehingga semua ramuan sebati dan mendidih. 
4. Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri 



Wednesday, October 22, 2014

Makan Cin Cung di Food Village, Pengkalan Chepa, Kelantan

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejantera...

     Hari nie buntu nak masak apa ekk. Itulah ungkapan yang sering saya dengar dari kawan-kawan pejabat kalau dah sarat sangat fikir nak makan apa lah, tak makan inilah dan macam-macam lagi. Oklah hari nie taknak cerita tentang masak, tapi saje nak share satu tempat makan yang menarik di Kelantan, iaitu Food Village, lebih kurang 3 - 4 km menghala ke Lapangan Terbang Kota Bharu di Jalan Pengkalan Chepa.

    Makan Cin Cun nie, adalah stail ala-ala makanan steamboad Korealah sikit. Tapi yang seronoknya kami sekeluarga dapat makan ramai-ramai termasuklah bapa dan mak mertua saya sekali yang kebetulan turun ke Kelantan untuk menghadiri Majlis Akikah anak pertama saya, semasa Raya Qurban 2014 lalu.



 
Makanan yang disediakan untuk Cin Cun
 
 
 

 
Nie Dapur Cin Cun ( Pak Mertua siap dah beli satu ).
Isteriku (tengah dukung baby Qaseh) tengah blur macamana nak mulakan makan.
 
 
 

 
My anak buah ku (Isya) bersama Cik Jaenya
 
 

 
My Big Family ( Aku jurufoto daa)
 
 

 
Adik ku Zul dengan Isterinya tengah layan makan.
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Redha Allah swt kita cha'ri.

Sunday, October 12, 2014

Aglio Olio Fettucini with Pumpkim and Slice of Cheddar

Teks : Nazron Shah Ahmad

Memang sedap tapi keras sedikit lah Fettucininya Kanda. Alahai timing merebusnya tak kena kot, kata saya semasa memakan hidangan malam kami ini. Oklah sepatutnya bila merebus dry Fettucini perlu diletakkan sesudu dua minyak zaiton dan masak lebih kurang 8 - 13 minit bila air dan betul-betul mendidih. Itu teknik yang saya sediri kadang-kadang lupa. Kita tinggal tentang tips itu, mari lihat olahannya.






Bahan-bahannya;

- 150 gram fettucini kering ( dimasak.terlebih dahulu ).
- 100 gram labu kuning
- 100 gram isi ayam dipotong
- Hirisan keju cheddar secukupnya
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
- sedikit dry parsley leaf
- garam secukupnya.



Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan hirisan ayam serta labu.
2. Selepas itu terus masukkan fettucini, dry parsley leaf dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Gaul sehingga sebati dalam 3 - 5 minit dan hidangkan bersama hirisan keju cheddar diatasnya.


Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita chari.

Sunday, October 5, 2014

Masak Acar Rebung Madu

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan Salam Sejahtera....

Kalau asyik makan makanan barat je, alamatnya lagi besarlah badan, nak dijadikan cerita buat kali ini saje nak kongsikan 1 menu yang dahulunya orang-orang tua kita pasti menitiskan air mata kalau mendengarnya. Ye lah menu bajet tapi memang sedap dan menyelerakan kalau kena dengan regunya ikan kering....





Bahan-bahannya;

1/2 kg rebung madu yang siap diproses.
1 biji timun batang (potong memanjang)
5 ulas bawang merah ( dimayang)
3 ulas bawang putih ( dimayang)
2 biji cili (potong memanjang)
3 sudu besar cuka kurma (cuka biasa pun boleh)
1 1/2 liter air
2 keping asam keping
1 sudu besar cili giling
garam dan gula secukupnya.


Cara membuatnya;

- Tumiskan cili giling, bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak,
- Kemudian masukkan air dan tunggu biar mendidih.
- Selepas itu masukkan cuka, asam keping, garam dan gula secukupnya dan barulah dimasukkan rebung, cili dan timun batang biarkan semuanya mendidih dalam seminit dua dan terus hidangkan.


Note : kalau susah nak cari rebung madu contact je Pakcik Md Sah, h/p : 013-6204019 di Area Batu 9, Cheras, Selangor. Insyaallah ada tu stok, dia memang tanam secara komersial.



Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita chari.

Thursday, October 2, 2014

Daging Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang

Teks : Nazron Shah Ahmad

Bangun Sahur memang termenung nak fikir apa menu sesuai. Nak dijadiakn cerita, kebetulan esok Jumaat nak berpuasa sempena Hari Arafah, saya cadangkan satu menu yang ringkas tapi insyaallah memang licin makan bila kena dengan nasi lembik panas. Kebetulan nie memang menu selalu saya kalau berpuasa sunat isnin atau khamis bersama isteri.



Nielah rupanya, pernah sekali kami berdua terpaksa ajar tukang masak di sebuah kedai makan cara nak buat daging goreng kunyit kerana kebetulan masa tu isteri terliur sangat nak makan masakan ini.


Bahan-bahannya;

- 250 gram daging (di hiris nipis)
- 7 batang kacang panjang ( dipotong 3 inci )
- 1 biji bawang besar dimayang
- 1 biji cili besar dipotong memanjang
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 ulas bawang putih dihiris nipis
- 2 inci halia ( dipotong jejari)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam scukupnya


Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dan masukkan daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam (biarkan air dari daging kering dan daging bertukar menjadi keperangan).
2. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar dan halia serta cili dan biarkan seketika kemuadian masukkan kacang panjang dan goreng sehingga layu. Kemudian hidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari











Wednesday, October 1, 2014

Mee Sup Kimchi

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Jarang-jarang sedap juga masakan kita diolah dengan bahan asing. Saya pun kali ini adalah try satu menu yang simple dan mudah. Ini pun gara-gara masa isteri nak makan mee sup tetiba sayur dah habis di rumah daaa....

Bahan-bahannya.

- Mee kuning 250 gram
- Air 1 1/2 liter
- Daging Lembu 150 gram
- Kimchi secukupnya (homemade)
- 1 biji bawang besar
- Garam dan gula secukupnya
- 1 biji telur
- Daun saderi dan cili untuk hiasan.

Cara membuatnya;

1. Daging dipotong kecil dimasukkan dalam air rebusan sehingga lembut (empuk) sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan, bawang besar mee kuning dan kimchi biarkan seketika.
3. Akhir sekali pecahkan telur dan tunggu sehingga semuanya mendidih dan barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Taburkan hirisan daun saderi dan cili untuk hiasan.



 Simple tapi menyelerakan.... ungkapan dari isteri




Sekian, terima kasih....

Redha Allah swt kita chari.


















Sunday, July 20, 2014

Gardenia Oh Gardenia

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini, kawan Budak Buas ada balik ke Semenanjung dan sebagai ole-ole untuk kami di sini, roti gardenia sudah cukup dijadikan buah tangan buat kami di sini. Bukan apa, di Sarawak, roti ini memang rare dan jangan terkejut kalau tuan puan melihat flight dari Semenanjung ke Sarawak, rata-rata penumpang sudah pastinya membimbit roti gardenia untuk dijadikan ole-ole buat saudara mara di sini.

    Pelik bukan, tapi itulah hakikatnya kerana di sini roti ini sememangnya tidak dijual dan kalau ada pun mahal sampai dua tiga kali ganda daripada harga sebenar. Perkara ini sekadar berkongsi dengan semua dan kalau pening nak cari ole-ole untuk orang di Sarawak, cukuplah dengan membeli sebuku dua roti buat dijadiakn buah tangan. Perkongsian untuk semua. Insyaallah.



Redha Allah swt kita chari..









Saturday, July 19, 2014

Udang Galah Sambal Chilies

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam sejahtera....

Kalau bertandang ke Pasar Satok, Kuching, tidak sah kalau tak jumpa udang galah yang kebanyakannya udang yang dipancing di kawasan sekitar. Dari segi harga tidaklah melampau sangat kerana kita boleh dapat dengan harga serendah RM28.00 hingga mencecah RM60.00 sekilo dalam satu-satu masa, bergantung pada musimnya juga.

Oklah untuk entry kali ini saje nak share satu kaedah masakan udang galah yang tidaklah terlalu susah dan senang untuk disediakan.



Bahan-bahannya ; 

- 2 ekor Udang Galah sederhana besar.
- 2 batang serai.
- 7 tangkai cili kering yang direbus selama 5minit untuk dilembutkan.
- 1 inci halia
- 4/5 ulas bawang merah kecil.
- 2 keping asam keping @ 1 sudu pes asam jawa (Adabi je).
- 1/2 ruas belacan
- Garam dan Gula melaka secukupnya.
- Minyak untuk menumis.

Cara membuatnya; 

a) Udang dibersihkan dan di masak dengan campuran minyak dan butter dalam jangkamasa 2-3 minit         sebelah bahagian udang dan selepas itu ditoskan.
b) Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat kecuali minyak, garam dan gula.
c) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga bahan tersebut betul-betul masak 
    (pecah minyak). Kemudian barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
d) Kemudian bahan ini diserakkan di atas udang dan boleh dihidangkan. Sekian.


Redha Allah swt kita chari.























Wednesday, July 16, 2014

Simple Spaggeti with Creams Mushroom Soup.

teks : Nazron Shah Ahmad

Bukan malas nak update blog, tapi masa yang sedikit kekangan sedikit buat masa sekarang. Syukur kepada Mu Allah swt akhirnya isteriku selamat melahirkan baby girl yang kini sudah berumur sebulan lebih dari entry kali ini. Okay bab kisah my baby girl kita cerita lain, insyallah.

Okay sempena bulan Ramadhan kali ini, Budak Buas nak ajar satu menu yang ringkas dan simple sama ada sesuai untuk berbuka puasa mahupun sahur. Menu nie pun si isteri yang buatkan cuma bila teringat terus boleh buat yang mana seingat Budak Buas tak sampai setengah jam pun nak sediakan. 




Bahan dan cara membuatnya;

- Segengam Spaghetti yang dicelur dengan air ( tambah sedikit minyak zaitun dan secubit garam).


Sos cream.

- Camble Mushroom Soup atau Maggi Musroom Soup ( dipanaskan dengan sedikit bancuhan air supaya tidak terlalu pekat atau cair).

- Kemudian gaulkan Spaghetti yang ditoskan dengan mushroom soup dan untuk hiasan taburkan sosej daging/ayam yang dipotong nipis-nipis serta digoreng garing, bagi menambahkan perasa jangan lupa letak daun basil sebagai penambah rasa.

Senangkan dan hidangkan.


Redha Allah swt kita chari.






Monday, July 7, 2014

Lai Chi Kang versi Seaweed

Teks : Nazron Shah Ahmad

Sempena bulan Ramadhan kali nie, saje nak kongsi satu menu yang simple dan ringkas untuk menyegarkan badan disamping sebagai awet muda untuk semua.

Banyak orang makan seaweed dengan cara direbuas ataupun goreng. Oklah kali nie memang ringkas ja cara membuatnya supaya masa yang terhad untuk menyediakan juadah berbuka puasa menjadi senang.




Bahan-bahannya;

a) Seaweed (potong lebih kurang 3 inci) direndam lebih kurang 4-5 jam dan ditoskan.
b) Barli yang direbus (kalau nak senang yang telah siap dibotolkan).
c) Sedikit buah longan yang telah siap ditinkan.
d) Buah Mata Kucing kering (dibeli di kedai sinsei)
e) Gula Batu secukupnya.
f) Secubit garam.
g) Sedikit Getah Anggur (dibeli di kedai sinsei)

Cara Menyediakan;

- Rebus buah mata kucing kering dengan gula batu, getah anggur dan secubit garam hingga kembang        (lebih kurang 5 - 7 minit).
- Kemudian masukkan barli, longan dan seaweed bersama.
- Jika suka sejuk, tambahkan ais semasa dihidangkan.


Redha Allah swt kita chari.



Saturday, May 10, 2014

Dateline LHDN 15 Mei 2014 (e-filling)

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam Sejahtera....

     Saje nak bagi peringatan buat semua bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri dah bagi dateline tambahan sehingga jam 11:59 mlm pada 15 Mei 2014. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian apalah sudi kiranya log in seketika untuk menyelesaikan kewajipan tuan puan ini. 

     Bukan apa, saya tolong war-warkan, kerana kali ini buat pertama kalinya dalam rekod kami berdua dapat rebat balik daripada LHDN dan duit tu pun dah selamat kembali dalam akaun peribadi kami, suami isteri.

Kalau susah sangat nak cari link terus aje ke :


Sekian dan Redha Allah swt kita chari.



Sunday, April 20, 2014

Pucuk Labu Masak Lemak.

Teks : Nazron Shah Ahmad
Sumber dari rakan blog ... untuk yg tidak mengenali pucuk labu



Salam dan salam sejahtera.....

Lama sungguh tak berentry. Kebetulan malam semalan bawa isteri jalan-jalan ke pasar malam Satok, Kuching, Sarawak. Sekali terjumpa pucuk labu daa.... teringat masakan bonda di kampung, jadi nak diringkaskan cerita, maka operasi memasak pun dimulakan.

Bahan-bahannya.

- Pucuk Labu seikat di siat-siat batangnya dan dipotong kecil.
- Santan 2 cawan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 biji cili hijau (b)
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 1 cawan air
- 1 gengam ikan bilis ditumbuk halus.
- Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya.

1. Masukkan santan, air, ikan bilis, dan serbuk lada hitam sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan pucuk labu, bawang dan cili hijau sehingga semua bahan ini layu.
3. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan hidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.

Friday, February 21, 2014

Khasiat Susu Kambing vs Jaundice.

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.....

     Lama sungguh tak berblog, oklah untuk kali ini saya saja nak berkongsikan sedikit info tentang khasiat susu kambing yang mana kita semua sedar tak sedar akan khasiatnya untuk kita. Kalau dahulu bila kanak-kanak (baby) terkena deman kuning atau jaundice sudah pasti kita sibuk mencari susu kambing untuk menyembuhkan anak-anak kita. Ini kerana menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Sebenarnya khasiat susu kambing amatlah banyak cuma saya belum lagi dapat mengupasnya secara lanjut untuk entry kali ini.   

    Cuma secara perbandingannya, di sini saya sertakan perbandingan antara susu kambing, lembu, kuda dan susu yang terbaik iaitu susu ibu. Mungkin saya bukan pakar nutrisi pemakanan cuma apa yang saya ingin tunjukkan di sini adalah perbandingan nutrisi antara keempat-empat susu ini. 



       Bila saya membuat penelitian pada beberapa bahan bacaan dan blog ada yang bersetuju dengan pemberian susu kambing akan membantu menyembuhkan baby pada jangkitan deman kuning dan ada yang sebaliknya. Tetapi setelah dirujuk dengan beberapa orang yang berpengalaman, mereka mengatakan ibu mengandung yang mengamalkan meminum susu kambing sentiasa, insyaallah mungkin baby tersebut terhindar dari jangkitan deman kuning. Ini berkemungkinan khasiat susu kambing yang sememangnya makanan sunnah. 

        Kalau dahulu nak dapatkan susu kambing, jawapannya terpaksa keliling kampung mencari kambing yang baru melahirkan anak, tapi sekarang dengan teknologi moden kini, kita boleh dapatnya segera dalam bentuk serbuk dan tak perlu sediakan peti sejuk besar untuk simpan sebagai stok harian.


Bagaimana nak dapat stok susu kambing tu :



Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.

Tuesday, January 7, 2014

Spaghetti Bolognese with Mussels

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera ......
     Petang kemarin masa aku "on the way" balik ke rumah, isteri bising yang dia lapar. Seingat aku masa makan tengahari tu, dia tak nak makan katanya masih kenyang dan aku pun buat-buatlah ambil order macam pandailah sangat. Sekali dia sebut nak makan spaghetti dan aku pun diam jelah buat-buat tak pasti gitu......
   

                                                 Hasil kraftangan Budak Buas kali ini.

Bahan-bahannya;

Asas :
- Spaghetti : 100 gram (di rebus dengan air panas dan sesudu minyak zaitun hingga lembut)
- Cendawan Shitake : 4 - 5 keping
- Mussels : 50 gram
- Bawang Besar : 1 biji
- Tomato : 2 biji di potong dadu

Base :
- Pes Tomato Puri : 1 sudu besar
- Serbuk Lada Hitam : 1 sudu teh
- Serbuk Halia : 1/2 sudu teh.
- Garam dan Gula secukup rasa.
- Minyak Zaitun secukupnya.
(tapi kalau nak mudah pakai sahaja sos yang dah siap dari Prego, Kimball dll).

Hiasan :
- Sedikit Keju Mozarella dan Cedar untuk di parut
- Daun Basil untuk hiasan

Cara membuatnya;

    Panaskan Minyak dan masukkan bawang besar bersama mussels beserta cendawan dan tomato. selepas itu masukkan terus semua bahan base sehingga mendidik. Kemudian baru masukkan speghetti dan semua bahan-bahan lain sehingga mesra. Kemudian dihidang bersama-sama taburan parutan keju dan daun basil.

Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita Chari




Friday, January 3, 2014

Kuew Teow Masak Tomyam Udang Galah

Salam dan Salam Sejahtera.........

       Hakikatnya nasib baiklah Allah swt memberi sedikit kelebihan ini kepada Budak Buas untuk menyediakan campuran makanan yang taklah seberapa ini. Kalau diikutkan kata hati memanglah ingin saja Budak Buas terus mendapatkan makanan yang diminta oleh Si Isteri yg sarat mengandung (5 bulan) untuk mengisi kemahuan makannya seharian. Tetapi apakan daya kerana setiap kali kami makan diluar sudah pastinya Si Isteri mengalami migrain ataupun sakit kepala yang teruk ekoran kebanyakan masakan di luar meletakkan serbuk perasa ataupun MSG dalam masakan mereka.





Bahan-bahannya;

a) Daun Limau Purut - 3 helai
b) Bawang Putih - 2/3 ulas
c) Cili Giling - 1 sudu besar
d) Serbuk Lada Hitam - 1 sudu teh
e) Bawang Besar - 1 biji di mayang kasar
f) Serai - 2 batang dititik.
g) 250 gram kuew teow
h) 2 ekor Udang Galah bersaiz sedarhana besar
i) 1 Biji Tomato ( dipotong dadu )
j) Sayur Sawi - secukupnya.
k) Minyak masak untuk menumis dan garam secukupnya

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili giling sehingga naik baunya. Kemudian masukkan serai, tomato, daun limau purut, dan 2 cawan air ke dalam campuran tadi dan tunggu sehingga mendidih. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan terakhir sekali masukkan keow teow udang dan tunggu sehingga mendidih. 

nota : pastikan udang dimasak lebih kurang 2-3 minit sahaja untuk mengekalkan rasa dan kemanisannya.  
sekian dan selamat mencuba....

Redha Allah swt kita chari





BR1M 2014 - Bantuan Rakyat 1 Malaysia Tahun 2014...

Salam dan Salam Sejahtera....
 
       Walaupun tarikh mulanya 23 Disember 2013 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak (setelah dilanjutkan tarikh tutup). Namun sekadar nak kongsi dan memudahkan kawan-kawan agar jangan lupa mengisi borang BR1M sama ada melalui online ataupun manual yang mana borang boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Negeri. Untuk makluman juga, pemberian BR1M kali ini dinaikkan untuk pendapatan kasar isirumah sehingga RM4000 dan sudah pastinya banyak rakyat Malaysia yang layak untuk menuntutnya. Budak Buas dalam Friday Update Organisasi pagi tadi tidak terkecuali untuk memaklumkan kepada semua pegawai yang layak untuk mengisi borang tersebut.
 
Contoh Borang BR1M
 
 
 
Kalau nak mudah terus aje ke link nie : https://ebr1m.hasil.gov.my/ 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Redha Allah swt kita chari.

Wednesday, January 1, 2014

Salam 2014 dari Kuching.

Salam dan salam sejahtera.....

    Diam tak diam, akhirnya tahun 2013 dah menutup tirainya yang baru lebih kurang 6 jam berlalu dan kami yang kebetulan bangun awal sikit pagi nie (pasai teman isteri bersahur) sempatlah nak update blog nie sikit. Tanpa tak disengajakan juga untuk tahun baru nie kami dapat mengeratkan kenalan lama yang dah terputus iaitu Pak Bear n Mak Bear serta 3 org nak mereka yang baru berpindah ke bumi kenyalang atas tuntutan tugas. Sebagai ucapan Welcome Dinner kami mengajak mereka sekeluarga makan di Top Spot, Taman Kereta, Kuching (TQ isteriku).

    Tahun baru nie memang sikit mencabar kerana insyaallah aku memang dah nak jadi seorang bapa dan tugas ini bukannya senang kerana baik buruknya seorang manusia itu datangnya dari acuan yang dibentuk kepadanya. Insyaallah akan ku jaga pemberian Mu ini dengan sebaik-baiknya.



Isteri ku, takda dlm gambar pasai jadi tukang foto lah nie.



Redha Allah swt kita chari.
Sekian.

Pak n Mak Bear blog : http://www.mybearstory.com/2013/12/salam-dari-sarawak.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

 
 

Laksam Ore Kelate (masak kerana isteri ngidam nie)

Salam dan Salam Sejahtera....

      Untuk kali ini, nak share sikit bagaimana cara nak masak satu masakan yang dari tempat asal Budak Buas. Laksam yang mana kalau di sebut sudah tentu orang akan ingat hanya di Kelantan sahaja. Okay kebetulan isteri mengidam nak makan Laksam, jadi terpaksalah masak untuknya, itupun macam - macam pandai jelah...

Bahan A (Laksam)

1/2 kg tepung beras yang telah dikisar.
Anggaran 2 liter air masak (yang telah disejukkan semalaman)
2 sudu besar tepung ubi.

cara menyediakannya : 

Ketiga-tiga bahan ini di gaul sebati dan dikukus menggunakan acuan saiz tudung periuk. Pastikan minyak disapukan pada tudung periuk bagi memastiakan bancuhan tepung yang hendak dikukus tidak melekat.

Bahan B (Kuah Lemak)

1 kg santan
1 1/2 kg ikan kembung / sardin (direbus dan di buang tulangnya)
1 cawan kelapa goreng yang telah dikisar halus
200 gram bawang yang telah dikisar halus
2 sudu teh black paper
3 batang serai yang dititik
2 inci halia yang dititik
Gula dan garam secukup rasa.

cara menyediakannya :

Santan, ikan, bawang dikisar sehingga hancur/ halus.dan masukkan semua bahan tadi ke periuk dan kacau sehingga mendidih dengan api yang perlahan. Pastikan ianya sentiasa dikacau dari permulaan sehingga kuahnya sejuk supaya kuah tidak menjadi berketul-ketul.


Bahan C (ulam-ulaman)

Cili Merah, Daun Kesum, Timun, Bunga Kantan dan Kacang Panjang dihiris nipis-nipis.
Taugeh mentah.

# Kesemua ulam ini ditaburkan di atas Laksam untuk dimakan bersama kuahnya. Kalau nak kick lagi boleh tambah serunding bagi rasa tu pelbagai.

                                                     

                                                      Tadaaaaa dan inilah hasilnya.





Redha Allah swt kita chari.

Wasalam n sekian...........................