Teks : Nazron Shah Ahmad
Sempena bulan Ramadhan kali nie, saje nak kongsi satu menu yang simple dan ringkas untuk menyegarkan badan disamping sebagai awet muda untuk semua.
Banyak orang makan seaweed dengan cara direbuas ataupun goreng. Oklah kali nie memang ringkas ja cara membuatnya supaya masa yang terhad untuk menyediakan juadah berbuka puasa menjadi senang.
Bahan-bahannya;
a) Seaweed (potong lebih kurang 3 inci) direndam lebih kurang 4-5 jam dan ditoskan.
b) Barli yang direbus (kalau nak senang yang telah siap dibotolkan).
c) Sedikit buah longan yang telah siap ditinkan.
d) Buah Mata Kucing kering (dibeli di kedai sinsei)
e) Gula Batu secukupnya.
f) Secubit garam.
g) Sedikit Getah Anggur (dibeli di kedai sinsei)
Cara Menyediakan;
- Rebus buah mata kucing kering dengan gula batu, getah anggur dan secubit garam hingga kembang (lebih kurang 5 - 7 minit).
- Kemudian masukkan barli, longan dan seaweed bersama.
- Jika suka sejuk, tambahkan ais semasa dihidangkan.
Redha Allah swt kita chari.
No comments:
Post a Comment