Monday, December 8, 2014

Masak Lemak Pucuk Bandung dengan Daging Salai Nogori.

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Kak Elaira oooo Kak Elaira. Nie pasal duk tunjuk menu dialah sekali buat hati budak buas teringin nak makan juga masakan nie. Tuhan maha kaya, sekali daging salai nogori yang isteriku beli tempoh hari masih ada kat dalam peti ais rumah. Jadi apa lagi buatlah menu nie bagi mengubat rindu anak perantau.

 
Memang bertambah makan nasi hari tu.
 
 
Bahan-bahannya;
 
1 ikat Pucuk Bandung (Semenjung panggil pucuk ubi).
300 gram daging salai yang dihiris nipis.
2 ulas bawang merah besar (di kisar halus)
10 - 15 biji cili burung (juga dikisar)
2 1/2 - 3 inci kunyit (dikisar bersama)
1/2 kg santan kelapa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa.
 
 
Cara membuatnya;
 
1. Panaskan periuk bersama bancuhan air, bahan yang dikisar bersama sedikit santan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan daging salai sehingga naik bau aromanya dan selepas itu masukkan semua santan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan pucuk bandung dan biarkan sehingga empuk dan masukkan garam dan gula secukupnya sebelum sedia dihidangkan.
 
 
Sekian.
 
Redha Allah swt kita chari.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment