Teks : Nazron Shah Ahmad
Salam dan Salam Sejahtera ......
Salam dan Salam Sejahtera ......
Petang kemarin masa aku "on the way" balik ke rumah, isteri bising yang dia lapar. Seingat aku masa makan tengahari tu, dia tak nak makan katanya masih kenyang dan aku pun buat-buatlah ambil order macam pandailah sangat. Sekali dia sebut nak makan spaghetti dan aku pun diam jelah buat-buat tak pasti gitu......
Hasil kraftangan Budak Buas kali ini.
Bahan-bahannya;
Asas :
- Spaghetti : 100 gram (di rebus dengan air panas dan sesudu minyak zaitun hingga lembut)
- Cendawan Shitake : 4 - 5 keping
- Mussels : 50 gram
- Bawang Besar : 1 biji
- Tomato : 2 biji di potong dadu
Base :
- Pes Tomato Puri : 1 sudu besar
- Serbuk Lada Hitam : 1 sudu teh
- Serbuk Halia : 1/2 sudu teh.
- Garam dan Gula secukup rasa.
- Minyak Zaitun secukupnya.
(tapi kalau nak mudah pakai sahaja sos yang dah siap dari Prego, Kimball dll).
Hiasan :
- Sedikit Keju Mozarella dan Cedar untuk di parut
- Daun Basil untuk hiasan
Cara membuatnya;
Panaskan Minyak dan masukkan bawang besar bersama mussels beserta cendawan dan tomato. selepas itu masukkan terus semua bahan base sehingga mendidik. Kemudian baru masukkan speghetti dan semua bahan-bahan lain sehingga mesra. Kemudian dihidang bersama-sama taburan parutan keju dan daun basil.
Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita Chari
Terima kasih Kanda..esok2 nak request lagi. hehehe
ReplyDeletemmmmm insyaallah
ReplyDelete