Teks : Nazron Shah Ahmad
Salam dan salam sejahtera....
Kalau bertandang ke Pasar Satok, Kuching, tidak sah kalau tak jumpa udang galah yang kebanyakannya udang yang dipancing di kawasan sekitar. Dari segi harga tidaklah melampau sangat kerana kita boleh dapat dengan harga serendah RM28.00 hingga mencecah RM60.00 sekilo dalam satu-satu masa, bergantung pada musimnya juga.
Oklah untuk entry kali ini saje nak share satu kaedah masakan udang galah yang tidaklah terlalu susah dan senang untuk disediakan.
Bahan-bahannya ;
- 2 ekor Udang Galah sederhana besar.
- 2 batang serai.
- 7 tangkai cili kering yang direbus selama 5minit untuk dilembutkan.
- 1 inci halia
- 4/5 ulas bawang merah kecil.
- 2 keping asam keping @ 1 sudu pes asam jawa (Adabi je).
- 1/2 ruas belacan
- Garam dan Gula melaka secukupnya.
- Minyak untuk menumis.
Cara membuatnya;
a) Udang dibersihkan dan di masak dengan campuran minyak dan butter dalam jangkamasa 2-3 minit sebelah bahagian udang dan selepas itu ditoskan.
b) Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat kecuali minyak, garam dan gula.
c) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga bahan tersebut betul-betul masak
(pecah minyak). Kemudian barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
d) Kemudian bahan ini diserakkan di atas udang dan boleh dihidangkan. Sekian.
Redha Allah swt kita chari.
No comments:
Post a Comment