Wednesday, October 1, 2014

Mee Sup Kimchi

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Jarang-jarang sedap juga masakan kita diolah dengan bahan asing. Saya pun kali ini adalah try satu menu yang simple dan mudah. Ini pun gara-gara masa isteri nak makan mee sup tetiba sayur dah habis di rumah daaa....

Bahan-bahannya.

- Mee kuning 250 gram
- Air 1 1/2 liter
- Daging Lembu 150 gram
- Kimchi secukupnya (homemade)
- 1 biji bawang besar
- Garam dan gula secukupnya
- 1 biji telur
- Daun saderi dan cili untuk hiasan.

Cara membuatnya;

1. Daging dipotong kecil dimasukkan dalam air rebusan sehingga lembut (empuk) sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan, bawang besar mee kuning dan kimchi biarkan seketika.
3. Akhir sekali pecahkan telur dan tunggu sehingga semuanya mendidih dan barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Taburkan hirisan daun saderi dan cili untuk hiasan.



 Simple tapi menyelerakan.... ungkapan dari isteri




Sekian, terima kasih....

Redha Allah swt kita chari.


















Sunday, July 20, 2014

Gardenia Oh Gardenia

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini, kawan Budak Buas ada balik ke Semenanjung dan sebagai ole-ole untuk kami di sini, roti gardenia sudah cukup dijadikan buah tangan buat kami di sini. Bukan apa, di Sarawak, roti ini memang rare dan jangan terkejut kalau tuan puan melihat flight dari Semenanjung ke Sarawak, rata-rata penumpang sudah pastinya membimbit roti gardenia untuk dijadikan ole-ole buat saudara mara di sini.

    Pelik bukan, tapi itulah hakikatnya kerana di sini roti ini sememangnya tidak dijual dan kalau ada pun mahal sampai dua tiga kali ganda daripada harga sebenar. Perkara ini sekadar berkongsi dengan semua dan kalau pening nak cari ole-ole untuk orang di Sarawak, cukuplah dengan membeli sebuku dua roti buat dijadiakn buah tangan. Perkongsian untuk semua. Insyaallah.



Redha Allah swt kita chari..









Saturday, July 19, 2014

Udang Galah Sambal Chilies

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam sejahtera....

Kalau bertandang ke Pasar Satok, Kuching, tidak sah kalau tak jumpa udang galah yang kebanyakannya udang yang dipancing di kawasan sekitar. Dari segi harga tidaklah melampau sangat kerana kita boleh dapat dengan harga serendah RM28.00 hingga mencecah RM60.00 sekilo dalam satu-satu masa, bergantung pada musimnya juga.

Oklah untuk entry kali ini saje nak share satu kaedah masakan udang galah yang tidaklah terlalu susah dan senang untuk disediakan.



Bahan-bahannya ; 

- 2 ekor Udang Galah sederhana besar.
- 2 batang serai.
- 7 tangkai cili kering yang direbus selama 5minit untuk dilembutkan.
- 1 inci halia
- 4/5 ulas bawang merah kecil.
- 2 keping asam keping @ 1 sudu pes asam jawa (Adabi je).
- 1/2 ruas belacan
- Garam dan Gula melaka secukupnya.
- Minyak untuk menumis.

Cara membuatnya; 

a) Udang dibersihkan dan di masak dengan campuran minyak dan butter dalam jangkamasa 2-3 minit         sebelah bahagian udang dan selepas itu ditoskan.
b) Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat kecuali minyak, garam dan gula.
c) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga bahan tersebut betul-betul masak 
    (pecah minyak). Kemudian barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
d) Kemudian bahan ini diserakkan di atas udang dan boleh dihidangkan. Sekian.


Redha Allah swt kita chari.























Wednesday, July 16, 2014

Simple Spaggeti with Creams Mushroom Soup.

teks : Nazron Shah Ahmad

Bukan malas nak update blog, tapi masa yang sedikit kekangan sedikit buat masa sekarang. Syukur kepada Mu Allah swt akhirnya isteriku selamat melahirkan baby girl yang kini sudah berumur sebulan lebih dari entry kali ini. Okay bab kisah my baby girl kita cerita lain, insyallah.

Okay sempena bulan Ramadhan kali ini, Budak Buas nak ajar satu menu yang ringkas dan simple sama ada sesuai untuk berbuka puasa mahupun sahur. Menu nie pun si isteri yang buatkan cuma bila teringat terus boleh buat yang mana seingat Budak Buas tak sampai setengah jam pun nak sediakan. 




Bahan dan cara membuatnya;

- Segengam Spaghetti yang dicelur dengan air ( tambah sedikit minyak zaitun dan secubit garam).


Sos cream.

- Camble Mushroom Soup atau Maggi Musroom Soup ( dipanaskan dengan sedikit bancuhan air supaya tidak terlalu pekat atau cair).

- Kemudian gaulkan Spaghetti yang ditoskan dengan mushroom soup dan untuk hiasan taburkan sosej daging/ayam yang dipotong nipis-nipis serta digoreng garing, bagi menambahkan perasa jangan lupa letak daun basil sebagai penambah rasa.

Senangkan dan hidangkan.


Redha Allah swt kita chari.






Monday, July 7, 2014

Lai Chi Kang versi Seaweed

Teks : Nazron Shah Ahmad

Sempena bulan Ramadhan kali nie, saje nak kongsi satu menu yang simple dan ringkas untuk menyegarkan badan disamping sebagai awet muda untuk semua.

Banyak orang makan seaweed dengan cara direbuas ataupun goreng. Oklah kali nie memang ringkas ja cara membuatnya supaya masa yang terhad untuk menyediakan juadah berbuka puasa menjadi senang.




Bahan-bahannya;

a) Seaweed (potong lebih kurang 3 inci) direndam lebih kurang 4-5 jam dan ditoskan.
b) Barli yang direbus (kalau nak senang yang telah siap dibotolkan).
c) Sedikit buah longan yang telah siap ditinkan.
d) Buah Mata Kucing kering (dibeli di kedai sinsei)
e) Gula Batu secukupnya.
f) Secubit garam.
g) Sedikit Getah Anggur (dibeli di kedai sinsei)

Cara Menyediakan;

- Rebus buah mata kucing kering dengan gula batu, getah anggur dan secubit garam hingga kembang        (lebih kurang 5 - 7 minit).
- Kemudian masukkan barli, longan dan seaweed bersama.
- Jika suka sejuk, tambahkan ais semasa dihidangkan.


Redha Allah swt kita chari.



Saturday, May 10, 2014

Dateline LHDN 15 Mei 2014 (e-filling)

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam Sejahtera....

     Saje nak bagi peringatan buat semua bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri dah bagi dateline tambahan sehingga jam 11:59 mlm pada 15 Mei 2014. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian apalah sudi kiranya log in seketika untuk menyelesaikan kewajipan tuan puan ini. 

     Bukan apa, saya tolong war-warkan, kerana kali ini buat pertama kalinya dalam rekod kami berdua dapat rebat balik daripada LHDN dan duit tu pun dah selamat kembali dalam akaun peribadi kami, suami isteri.

Kalau susah sangat nak cari link terus aje ke :


Sekian dan Redha Allah swt kita chari.



Sunday, April 20, 2014

Pucuk Labu Masak Lemak.

Teks : Nazron Shah Ahmad
Sumber dari rakan blog ... untuk yg tidak mengenali pucuk labu



Salam dan salam sejahtera.....

Lama sungguh tak berentry. Kebetulan malam semalan bawa isteri jalan-jalan ke pasar malam Satok, Kuching, Sarawak. Sekali terjumpa pucuk labu daa.... teringat masakan bonda di kampung, jadi nak diringkaskan cerita, maka operasi memasak pun dimulakan.

Bahan-bahannya.

- Pucuk Labu seikat di siat-siat batangnya dan dipotong kecil.
- Santan 2 cawan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 biji cili hijau (b)
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 1 cawan air
- 1 gengam ikan bilis ditumbuk halus.
- Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya.

1. Masukkan santan, air, ikan bilis, dan serbuk lada hitam sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan pucuk labu, bawang dan cili hijau sehingga semua bahan ini layu.
3. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan hidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.