Thursday, May 28, 2020

Terubuk Goreng Sumbat Belado.

Teks : NazronShahAhmad


Salam Syawal 1441 Hijrah.

         Rasanya sekarang dalam Musim PKP Raya dan Budak Buas masih dalam menyelesaikan amalan sunat yang belum diselesaikan. Untuk hari ini sempena hari ketiga Puasa Sunat Syawal, saje Budak Buas nak share satu resepi yang sebenarnya di aspirasikan daripada menu di salah satu tempat kesukaan budak buas kalau pergi Pulau Pinang. Menu nie sebenarnya menu simple tapi kalau kena dengan gayanya memang licin habis makan nasi tengahari. Tapi berhati-hati, tulang ikan terbuk yang halus dan lembut mungkin tidak susuai bagi sesetengah orang atau kanak-kanak amnya. 


Bahan-bahannya,

1 ekor Ikan Terubuk ( angaran berat 700 - 1000 gram) tapi kalau dapat yang local 
      Sarawak lagi nyaman.
Minyak untuk mengoreng
Kunyit dan garam

Sambal :
3 sudu besar cili giling (terpulag kepada suka pedas atau tidak)
3-5 biji bawang merah di mayang halus
1 inci halia di mayang halus
1/2 biji tomato di potong dadu.
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
1/3 cawan air asam jawa
1 sudu teh serbuk belacan (yang ketui pun ok juga)
1 sudu teh sos tiram
garam dan gula secukup rasa,
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

       Ikan dibersihkan (belah belakang) dan di sapu kunyit dan garam kemudian digoreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga garing semuanya. ( di toskan di tepi)



Sambal Sumbat.

1. Tumiskan minyak (2 sudu besar) dan masukkan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga menjadi kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan cili giling dan tomato tunggu sehingga seketika dan seterusnya masukkan sos tiram, air asam jawa dan belacan serta sedikit air dan tunggu sehingga sambal betul-betul pecah minyak. kemudian taburkan garam dan gula secukup rasa. 

# Selepas sambal disiapkan, masukkan dalam belahan ikan terubuk goreng tadi untuk dihidangkan. Pastikan sebelum makan perahkan asam limau kasturi dahulu.





tak try maka tak cinta.





Sekian, selamat mencuba.

Redha Allah swt kita cha'ri

























Friday, May 8, 2020

Kuih Tepung Bunga

Teks : Nazron Shah Ahmad

Puasa dah hampir separuh, jadi kali ini budak buas nak share satu resepi yang simple tapi mengamit kenangan terhadap bonda budak buas yang telah pergi kerana dengan kuih ini banyak jiran dan saudara yang takkan lupa dengan kuih kenangan ini. Kalau timbul ja dalam fb, mereka mesti tag budak buas berkenaan kuih ini. 

Bahan- bahannya : 

- 300 gram keledek  yg telah direbus Dan ditumbuk hancur
- 70 gram tepung beras pulut.
- 2 biji telur dengan garam 
- minyak untuk mengoreng
- garam secukup rasa.

Cara membuatnya. 
- ubi keledek diuli dengan tepung sehingga sebati dan digentel bulat kecil2 dan dipenyek nipis. 
- telur dipukul sebati dengan garam dan sebatian tepung dicelup dalam telur Dan digoreng sehingga warna keemasan. 
- di angkat Dan toskn Dan nak sedap taburkan gula pasir untuk dihidangkan.


Kuih pembuka selera ketika bulan puasa





 Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita cha'ri...















Thursday, April 23, 2020

Perut Lembu Nyicoh

Teks : Nazron Shah Ahmad

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba....

     Bulan Ramadhan yang hampir tiba nie, kalau orang kelate memang laku laa perut, limpa dan kelempung lembu terutamanya. Pasal apa nie macam-macam boleh buat terutama untuk berbuka puasa ataupun makan lepas solat tarawikh. Tapi tahun nie, belum tentu semua tu dapat merasa kerana kita masih dalam keadaan wabak Covid - 19 yg melanda dan PKP pun sehingga awal Ramadhan masih berjalan.

     Oklaa, takpa kali nie budak buas nak share satu menu yg simple juga untuk pembuka selera ketika bulan puasa. simple dan ringkas je.

Bahan-bahannya;

1 kg perut lembu (perut babat / perut tembusu )
7-10 biji cili burung (dimayang halus)
1 batang serai (dimayang halus)
3 sudu besar cuka makan
7-10 biji limau kasturi / limau nipis
1 biji bawang besar (mayang halus)
1 ikat kecil daum sup dan daun bawang ( dimayang halus)
gula dan garam secukupnya.



Cara membuatnya:

1.  Perut lembu direbus sehingga empuk (kalau nak cepat semasa merebus masukkan sedikit safron untuk mempercepatkan perut lembu empuk). Lepas itu di toskan kering dan di potong dalam saiz 2 inci dan di asingkan.
2.  Untuk kuah mencicah, ambil 1 cawan air rebusan perut tadi dan dicampurkan dengan semua bahan-bahan lain serta pastikan kompinasi manis, masam, masih dan pedas sebati. 

# untuk sesetengah orang lebih suka dimakan secara berasingan, maksudnya nak makan perut di cicah dahulu dengan kuahnya, tetapi budak buas lebih suka gaulkan balik perut dengan kuah cicah tersebut baru dia sekata.



Makan dengan nasi panas campur pula dengan ikan masin memamg syok





sekian dan selamat mengolah.

Redha Allah swt Kita Cha'ri


















Friday, April 17, 2020

Tosai Mudah

Teks : Nazron  Shah Ahmad

Menu PKP fasa 3 - Tosai Mini

      Oklaaa harap semua masih dalam keadaan terkawal baik untuk diri dan keluarga, maklumlah zaman Covid-19 tak kenal sesiapa pun baik yang paling kecil hingga kumpulan otai. Oklaa menu sihat dan menjimatkan (recycle menu) untuk tontonan semua.

      Selalunya budak buas suka makan di kedai mamak dengan anak dan isteri, tapi zaman PKP jangan nak mengada-gada nak makan tosai, kedai pun tutup, yang ada pula jauh. Menu nie pun sebenarnya copy paste daripada rakan FB dan budak buas try buat so far ok, tak mengecewakan.


Bahan-Bahannya,

2 cawan nasi (nasi semalam pun ok, jgn basi dah laa)
1 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya :
1. Masukkan semua dan blend hingga sebati.
2. Sila gunakan kuali leper dan tidak melekat kemudian masak dengan adunan diratakan pada semua permukaan kuali, dan nak sedap hidanglaa dengan kuah kari.
# tapi untuk budak buas, kita buat special chicken dry curry, baru ngam ( menu nie lain kali ajar laa).

Kredit to : FB Normah Arashid



terasa macam duduk Hydrabat 


sekian dan selamat mencuba.

Redha Allah swt Kita Cha'ri















Monday, March 30, 2020

Wakame Salads with Red Radish

Teks : Nazron Shah Ahmad

Wakame tu apa..

Bunyi macam jepun, tapi sebenarnya rumpai laut je atau orang puteh panggil kelps. Menu inspirasi daripada kedai sushi nie, al maklumkan masa PKP nie, nak makan sushi tak boleh jadi tengoklaa apa-apa yg kat rumah dan olah balik jadi makanan.

bahan-bahannya :

1 gemgam rumpai laut kering / wakame - diremdam selama 1/2 - 1 jam.
3 biji red radish, dipotong nipis.
1 biji bawang holland - di mayang nipis.
5 biji limau kasturi (perah ambil jus)
garam dan gula secukup rasa

cara menyediakannya,

wakame di toskan dan digaul semuanya dengan bahan-bahan tadi dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi beraroma taburkan bijan yang dipanggang. selesai dan hidangkan.



Kredit to Isteri, tukang buatkan.


sekian dan selamat mencuba.

Redha Allah swt Kita Cha'ri











Saturday, February 22, 2020

Topokki with Baked Bean Source

Teks : Nazron Shah Ahmad

Menu korea olahan western style..

     Hujung minggu lepas, ntah tak tahu nak makan apa, bini pula kerja tong teng cari bahan kat dapur sekali terjumpa 2 bahan utama ( 1 tin baked bean dan 1/2 kg frozen topokki). fikir punyalaa fikir maka terhasilnya menu nie, nak kata vege food pun boleh, dan janji kenyang pasal Sara bab makan tak memilih sangat, semua on janji tak pedas.

Bahan-bahannya;

1/2 kg frozen topokki
1 tin baked bean
1 cawan air
sayur-sayuran (apa yang ada kat rumah je laa - kebetulan ada sayur kailan dan zucini)
1 biji bawang besar hollang di potong 4
2-3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos omato / cili
garam secukup rasa

Cara membuatnya;

   Didihkan air dan masukkan bawang putih, bawang besar dan baked bean bersama-sama sos tomato. bila dah mendidih masukkan topokki dan biarkan seketika dan selepas itu masukkan sayur dan garam secukupnya. Bagi mendidih seketika dan sedia dihidangkan. (topokki jgn dimasak lama-lama nanti melekat antara dia dah tak sedap nak makan.





sedap dan rasanya menarik





sekian dan kena berani mencuba sesuatu yang baru,

Redha Allah swt Kita Cha'ri









Saturday, February 8, 2020

Bubur Nasi Ketam

Teks : Nazron Shah Ahmad

Makanan Kegemaran Sara

Menu yang simple dan untuk orang yang malas nak masak, konsepnya rebus dan terus rebus. Tapi kalau untuk orang sakit memang terbaik, ye laa dah sakit bagi pula bubur kosong, cubalaa olah sikit bagi rasa happy kawan yang sakit tu. Tapi budak buas buat nie pasal Sara memang suka sangat dan silap-silap dia sorang bleh habiskan nie. Bahannya mudah dan tak renyuh sangat nak buatnya.

Bahan-bahannya ;

1 gemgam beras.
1 sudu besar beras pulut / beras wangi
1 ekor ketam (ketam suri / bunga yg best. kalau ketam nipah bau selut adik).
1 inci halia muda (dipotong nipis dan berjari-jari)
air untuk masak bubur (subjektif nak bagi tahu )
secubit garam


Cara Membuatnya ;

      Didihkan beras (semua sekali) dalam periuk bersam-sama air sehingga beras bertukar menjadi moi / bubur. lepas tu masukkan ketam, halia dan garam dan masak lagi hingga 1/2 jam. dan sedia dihidangkan.

Senang dan simple kan


Benda simple tapi saja up untuk bagi ideal kepelbagaian masakan bubur


sekian dan selamat menhirup.

Redha Allah swt Kita Cha'ri













Saturday, January 25, 2020

Green Salad with Smoke Salmon and Cheddar

Teks : Nazron Shah Ahmad

Makanan Mudah dan Berkhasiat ....... Kata Nak Kuruslah Sangat.

      Alaihai dan aduhai.... makanan nie sebenarnya daripada smoke salmon yang sudah disiapkan dan tak tahu nak buat apa, takkan nak buat masak lemak cili api laa pulak, ikan salmon nie jenis kandungan lemak tinggi dan rasanya kalau nak masak lomak memamng bertambah lemaklaa dia. lainlaa kalau nak masak asam pedas ikan salmon. yang nie memang mantap. lain kali budak buas share ya. insyallah.


Bahan - Bahannya;

- 1 paket mix salad (kat shopping banyak yang dah packing siap-siap : selalunya ada rocket salad, iceberg lecture, sage, tomato cherry ). kalau takda ambil je apa-apa janji yg boleh dimakan mentah.
- 100 gram cheese - kali nie pakai cheddar je (diparus atau diramas hancur)
- 1 keping smoke salmon ( dihancurkan)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu besar balsamic viniger (kalau takda ganti dengan 1 biji perahan lemon)
- garam secukup rasa
# thousand islands / mayonnaise kalau nak buat tambahan rasa. (budak buas tak guna pun)  

Cara membuatnya:

          Campurkan semua bahan-bahan ini sekalta dan taburkan smoke salmon dan cheese setelah semuanya sebati. senag sangat kan dah boleh dihidangkan.




                                      # kalau nak sedap makan sekali dengan Roti Perancis 
                                              yang keras tu memang kena dengan gayanya.



sekian dan kalau berani mencuba tak salahkan.

Redha Allah swt Kita Cha'ri






Sunday, January 5, 2020

Salted Smoke Salmon (Salai je pun)

Teks : Nazron Shah Ahmad

Nak Membeli Mahal, Kita Buatkan

     Block Salmon pun dah mahal, apabila dah jadi smoke salmon lagi laaa mahal. Oklaa kali nie Budak Buas nak ajar cara nak merialisasikan cara buatnya dan ikan nie boleh tahan berbulan-bulan bila dia betul-betul disalai.

Bahan-bahannya :

- 2 keping ikan salmon ( salmon block)
- 1 kg garam kasar

Cara Membuatnya :

- Ikan dibasuh dan dikeringkan, selepas itu di taburkan garam atas dan bawah supaya garam tersebut dapat menarik air daripada salmon tu keluar lebih banyak. ( tapi awas air tu jangan di jadikan rendaman ikan kerana kita nak garamkan ikan tu semalaman). Paling senang garamkan ikan dalam penapis santan dan air dapat keluar dengan baik sekali, serta pastikan ikan tak nampak biar nampak garam shj.

- Toskan garam dan salai dengan asap api shj, nak senang pakai sabut kelapa barulaa banyak asapnya. Satu lagi cara biji laici dan kulitnya sekali diletakkan dalam api supaya aroma dan kemanisan daripada asap kulit dan buah laici meresap masuk pada ikan tadi.

- Proses salai ini selalunya ambil masa 3-5 jam kerana kita taknak ikan mask dengan mapi tapi dikeringkan dengan asap shj.

- dah siap boleh je makan macam tu, atau buatlaa salad ke, sandwich ke, apa-apa shj, janji kita yg nak makan.


Tadaa, try laa buat nanti kongsilah hasilnya dengan budak buas ya


sekian dan selamat berasap.

Redha Allah swt Kita Cha'ri