Friday, May 8, 2020

Kuih Tepung Bunga

Teks : Nazron Shah Ahmad

Puasa dah hampir separuh, jadi kali ini budak buas nak share satu resepi yang simple tapi mengamit kenangan terhadap bonda budak buas yang telah pergi kerana dengan kuih ini banyak jiran dan saudara yang takkan lupa dengan kuih kenangan ini. Kalau timbul ja dalam fb, mereka mesti tag budak buas berkenaan kuih ini. 

Bahan- bahannya : 

- 300 gram keledek  yg telah direbus Dan ditumbuk hancur
- 70 gram tepung beras pulut.
- 2 biji telur dengan garam 
- minyak untuk mengoreng
- garam secukup rasa.

Cara membuatnya. 
- ubi keledek diuli dengan tepung sehingga sebati dan digentel bulat kecil2 dan dipenyek nipis. 
- telur dipukul sebati dengan garam dan sebatian tepung dicelup dalam telur Dan digoreng sehingga warna keemasan. 
- di angkat Dan toskn Dan nak sedap taburkan gula pasir untuk dihidangkan.


Kuih pembuka selera ketika bulan puasa





 Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita cha'ri...















No comments:

Post a Comment