Menu PKP fasa 3 - Tosai Mini
Oklaaa harap semua masih dalam keadaan terkawal baik untuk diri dan keluarga, maklumlah zaman Covid-19 tak kenal sesiapa pun baik yang paling kecil hingga kumpulan otai. Oklaa menu sihat dan menjimatkan (recycle menu) untuk tontonan semua.
Selalunya budak buas suka makan di kedai mamak dengan anak dan isteri, tapi zaman PKP jangan nak mengada-gada nak makan tosai, kedai pun tutup, yang ada pula jauh. Menu nie pun sebenarnya copy paste daripada rakan FB dan budak buas try buat so far ok, tak mengecewakan.
Bahan-Bahannya,
2 cawan nasi (nasi semalam pun ok, jgn basi dah laa)
1 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
Cara membuatnya :
1. Masukkan semua dan blend hingga sebati.
2. Sila gunakan kuali leper dan tidak melekat kemudian masak dengan adunan diratakan pada semua permukaan kuali, dan nak sedap hidanglaa dengan kuah kari.
# tapi untuk budak buas, kita buat special chicken dry curry, baru ngam ( menu nie lain kali ajar laa).
Kredit to : FB Normah Arashid
terasa macam duduk Hydrabat
sekian dan selamat mencuba.
Redha Allah swt Kita Cha'ri
No comments:
Post a Comment