Sunday, January 5, 2020

Salted Smoke Salmon (Salai je pun)

Teks : Nazron Shah Ahmad

Nak Membeli Mahal, Kita Buatkan

     Block Salmon pun dah mahal, apabila dah jadi smoke salmon lagi laaa mahal. Oklaa kali nie Budak Buas nak ajar cara nak merialisasikan cara buatnya dan ikan nie boleh tahan berbulan-bulan bila dia betul-betul disalai.

Bahan-bahannya :

- 2 keping ikan salmon ( salmon block)
- 1 kg garam kasar

Cara Membuatnya :

- Ikan dibasuh dan dikeringkan, selepas itu di taburkan garam atas dan bawah supaya garam tersebut dapat menarik air daripada salmon tu keluar lebih banyak. ( tapi awas air tu jangan di jadikan rendaman ikan kerana kita nak garamkan ikan tu semalaman). Paling senang garamkan ikan dalam penapis santan dan air dapat keluar dengan baik sekali, serta pastikan ikan tak nampak biar nampak garam shj.

- Toskan garam dan salai dengan asap api shj, nak senang pakai sabut kelapa barulaa banyak asapnya. Satu lagi cara biji laici dan kulitnya sekali diletakkan dalam api supaya aroma dan kemanisan daripada asap kulit dan buah laici meresap masuk pada ikan tadi.

- Proses salai ini selalunya ambil masa 3-5 jam kerana kita taknak ikan mask dengan mapi tapi dikeringkan dengan asap shj.

- dah siap boleh je makan macam tu, atau buatlaa salad ke, sandwich ke, apa-apa shj, janji kita yg nak makan.


Tadaa, try laa buat nanti kongsilah hasilnya dengan budak buas ya


sekian dan selamat berasap.

Redha Allah swt Kita Cha'ri













No comments:

Post a Comment