Sunday, April 20, 2025

Ayam Masak Butter.

 
Teks: Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Sekarang nie masih dalam modd raya 1446H, tapi saja je aku update nie, Kalau ikutkan nie aku buat masa di bulan puasa tempoh hari. Saja nak berkongsi dengan korang semua pasal Budak Buas tak tahu nak cerita apa, maklumlah kalau tengok rekod, tahun 2024 memang takda satu pun entry pasal Budak Buas sibuk dengan projek di pejabat. Tahun nie kurang lah sikit ada masa kita update, menu pun banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak karang ayat je haaa.


Bahan-bahannya;

1/2 ekor ayam di potong sebesar 2 ini ja (kalau potong 20/2kor pun ok juga)
Tepung goreng Bestari (pakai yang ori)
1/2 blok butter
1/2 tin susu pekat
2 batang serai
halia 1 inci (potong jejari)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang holand (potong 4)
Minyak untuk mengoreng ayam
Garam dan Gula secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Gaulkan ayam dengan tepung Bestari dan terus goreng dalam minyak panas sampai kekuning-kuningan.
2. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang holand bersama buter dan selepas naik wangi masukkan serai.
3. Kemudian masukkan susu tin, gula dan garam dan bila mendidih dan pekat sahaja masukkan ayam bagi seminit sahaja dan terus angkat. Tujuannya nak bagi keranggupan ayam tu kekal. Selamat mencuba. 





Bagi Budak Buas takda lauk lain pun takpa ayam tu dah cukup buat kenyang makan berbuka nie, 



Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri

















Sunday, April 13, 2025

Panir Puri in The House.....

 Teks: Nazron Shah Ahmad


Salam dan Salam Sejahtera.


Selalu sangat duduk tengok youtube daripada India kot, maka ada laa cita-cita nak try makan, nak pergi sana jauh sangat, kalau order DHL mau dah tak jadi panir puri. Hasil pemerhatian dan belajar sendiri maka budak buas buat lah sendiri bahan-bahan intinya ikut tekat dan selera sendiri. Manakala keropoknya banyak jual kat shopee cuma kena pandai pilih sahaja yang ada logo halal atau tidak.

Tuesday, February 4, 2025

Latok Segera.

Teks:Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtaera/

Baru-baru nie budak buas terjumpa latok intant, tengok punya tegok beli laa sepeket, harga pun dalam RM15 sahaja. Nak beli banyak takut tak menjadi, jadi percubaan pun dimulakan. Kalau ikutkan katanya, rendam sahaja dalam 10-15 minit pastu dah boleh makan.

Ok juga rasanya memang sedap, air cili pun ok dan kena dengan seleranya. 


Cili dan limau kasturi tu takda dalam paket, carilah sendiri ya...

Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri.


Thursday, January 2, 2025

Putu Halba

 Teks : Nazron Shah Ahmad

Musim hujan dah nak hampir akhir musim, tapi bila teringkatkan kampung dgn puu halba dan kena pula musim hujan memang shahdu wei. Budak buas cubalaa risik punya risik nak cari cara buatnya dan akhirnya dapatlah tips sedikit. tapi bekas nak kukus pula jadi masalah, ahh apakan daya janji budak buas dapat makan sudah.

Bahan-bahannya 

Ubi kayu 1 kg 
      (kupas kulit dan cuci bersih kemudian blend je sampai hancur, lepas tu keringkan airnya)
Garam secukupnya
Halba biji atau serbuk (1 1/2 sudu besar)

# adunkan semua bahan ini biar mesra.

Gula Melaka seketul, pecahkan atau kikis biar jadi serbuk
Kelapa putih 1 biji (cari buah yang baru petik dan masih muda) campur dengan secubit garam.

Cara mengukus.

1. Panaskan air biar mendidih.
2. Budak buas guna tuala good morning sahaja (potong dua). Cari penapis teh sebagai acuan dan alaskan dengan tuala kemudian lapiskan dengan aduhan ubi dan di tengah-tengah letakkan gula melaka kemudian tutup balik dengan adunan tu.
4. Kemudian tutup balik dengan lipatan tuala dan sedia untuk dikukus lebih kurang 12-15 minit ja.
5. Angkat dan asingkan dengan tuala dan terus taburkan kepala dan sedia dihidangkan.




Cubaan pertama, syukur menjadi, cuma budak buas 
tak suka manis maka kurangkan lah gula melaka tu.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri....