Teks : Nazron Shah Ahmad
Musim hujan dah nak hampir akhir musim, tapi bila teringkatkan kampung dgn puu halba dan kena pula musim hujan memang shahdu wei. Budak buas cubalaa risik punya risik nak cari cara buatnya dan akhirnya dapatlah tips sedikit. tapi bekas nak kukus pula jadi masalah, ahh apakan daya janji budak buas dapat makan sudah.
Bahan-bahannya
Ubi kayu 1 kg
(kupas kulit dan cuci bersih kemudian blend je sampai hancur, lepas tu keringkan airnya)
Garam secukupnya
Halba biji atau serbuk (1 1/2 sudu besar)
# adunkan semua bahan ini biar mesra.
Gula Melaka seketul, pecahkan atau kikis biar jadi serbuk
Kelapa putih 1 biji (cari buah yang baru petik dan masih muda) campur dengan secubit garam.
Cara mengukus.
1. Panaskan air biar mendidih.
2. Budak buas guna tuala good morning sahaja (potong dua). Cari penapis teh sebagai acuan dan alaskan dengan tuala kemudian lapiskan dengan aduhan ubi dan di tengah-tengah letakkan gula melaka kemudian tutup balik dengan adunan tu.
4. Kemudian tutup balik dengan lipatan tuala dan sedia untuk dikukus lebih kurang 12-15 minit ja.
5. Angkat dan asingkan dengan tuala dan terus taburkan kepala dan sedia dihidangkan.
Cubaan pertama, syukur menjadi, cuma budak buas
tak suka manis maka kurangkan lah gula melaka tu.
Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita cha'ri....
No comments:
Post a Comment