Teks: Nazron Shah Ahmad
Salam dan Salam Sejahtera.
Selalu sangat duduk tengok youtube daripada India kot, maka ada laa cita-cita nak try makan, nak pergi sana jauh sangat, kalau order DHL mau dah tak jadi panir puri. Hasil pemerhatian dan belajar sendiri maka budak buas buat lah sendiri bahan-bahan intinya ikut tekat dan selera sendiri. Manakala keropoknya banyak jual kat shopee cuma kena pandai pilih sahaja yang ada logo halal atau tidak.
Bahan-bahan intin 1;
Kentang 2 biji
Kacang Kuda 1/2 cawan (di rendam 1-2 jam)
Kacang Kuda 1/2 cawan (di rendam 1-2 jam)
Bawang Besar 1 biji di mayang halus.
Daun Pudina 5 tangkai - racik/potong halus-halus
Garam Masalla ( 1 sudu besar)
Garam secukupnya.
# dileyekkan kasar-kasar dan campurkan semua sekali.
Bahan-bahan inti 2;
Maruku halus
Bertih Beras yang siap digoreng (kat Lulu Hypermarket banyak)
Plain Yogart.
Keropok Panir Puri - digoreng terlebih dahulu sehingga kembang macam bola pingpong.
Air Pudina /Kuah Panir Puri
Asam Jawa /4 sudu besar secukupnya
Seikat Daun Pudina
Cili Burung 5-7 tangkai (ikut tahap korang lah)
Garam dan Gula sekucupnya
Limau Nipis 4-7 biji
Air Masak 500ml
# Blend asam jawa, air, gula garam dan daun pudina. Dah ok masukkan clili burung (pecahkan lah) dan limau nipis sekali dengan kulit-kulitnya dan gaul sebati. Pastikan kombinasi manis, masam, masim dan pedas sekata dan kalau nak sedap simpan dalam peti sejuk dalam 2 jam bagi rasanya mesra dan segar.
lepas tu hidangkanlah dan masukkan semua dan bila nak masuk mulut barulah letakkan air pudina tu.
Sambil-sambil sembang habis semuanya, memang syok makannya.
Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita cha'ri
No comments:
Post a Comment