Salam dan Salam Sejahtera....
Rasanya ini entry pertama budak buas untuk tahun 2018. Memang jang-jang sekali dapat memasukkan entry krn masa memang terlalu cemburu dengan kami. Tahun nie Sara (anakanda) pun dah hampir 4 tahun dan tuk tang, tuk tang tahun 2019 insyaallah masuk sekolah pula. Maka bertambahlah jadual tugas Budak Buas nanti. Apapun insyaallah kami akan jaga amanahMu Ya Allah swt dengan rezeki yg diberikan ini.
Oklah berceloteh banyak, tak guna saja nak share satu lagi menu kesukaan my mertua girl iaitu ikan percik versi kelantan. oklah selamat mencuba.
Bakar dan siram memang syok.
Bahan-bahannya,
3-4 ekor ikan kembung besar (mambong) dibuang perutnya
Kuah Percik :
1 kotak santan segera 250 litter / 1/2 biji kelapa pekat
1 inci halia
2 biji bawang merah (jenis besar)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar cili giling
Gula melaka 1 sudu besar (diparut)
2 keping asam keping
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung beras (bancuh dengan 1/2 cawan air)
Cara Memasaknya.
1. Bagi penyediaan kuahnya, masakkan santan bersama-sama cili giling, serai asam keping, daun pandan serta bawang merah bersama-sama halia yang dikisar lumat. jika santan terlalu pekat nasukkan 1 cawan air bagi semua bahan-bahan ini mendidih hingga pecah minyak sedikit.
2. Kemudian masukkan garam dan gula melaka biar bahn ini mendidih seketika dan barulah dimasukkan bancuhan tepung beras sehingga kuahnya menjadi pekat.
3. Ikan dibakar kosong sehingga 2/3 masak. (selalunya Budak Buas panggang atas dapur gas yg dialaskan dengan plate besi yg digunakan untuk memangang atau nak senang grilkan sahaja pun ok).
4. Kemudian curahkan kuah percik tadi dan bakar sehingga ikan betul-betul masak dan lebihan kuah disiram untuk untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba....
Insyaallah jangan percaya buat aja.
Redha Allah swt Kita Cha'ri
No comments:
Post a Comment