Thursday, September 6, 2018

Siput Sedut Masak Kicap Cili Kering

Teks : Nazron Shah Ahmad

Pengkalan Balak Siputnya Masin....


Salam dan Salam sejahtera....Saje bagi gempak cite... Saje nak bagi kenangan pasal 2 minggu lepas kami sekeluarga sempat bermalam di Pengkalan Balak, Melaka dan nak dijadikan cerita, terjumpa siput sedut kat sana. (isteri panggil siput panjat). oklah nak masak dan makan benda nie kena tahu cara buat dan olahnya. Pertama basuh bersih-bersih dan kalau nak senang rendah dan gunakan berus sabut untuk cuci siput nie secara berjemaah. lepas dan bersih budak buas selalunya rendam dengan 2-3 biji cili yang diketuk.

    Pasal apa? oklah bila benda nie terasa panas dan pedas dengan air bercampur cili dia akan memuntahkan isi kotoran dalam cengkerangnya. selalunya rendam dalam  1 jam pun dah ok. lepas tu potong hujungnya barulah boleh dimasak. kalau tak memang menangislah nak menyedutnya.

Cerita tentang tips nak proses siput sedut nie, olah nie nak bagi cara yang selalunya budak buas suka masak dan makan.

Bahan-bahannya.

1/2 kg siput sedut yg siap diproses.
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar di potong empat
2 susu minyak masak
3 sudu besar kicap (manis/masin)
2 sudu besar sos tiram
5 tangkai cili kering
2 inci halia dipotong jejari dan nipis
2 susu sos tomato/cili
gula dan garam secukup rasa.....



Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak, kemudian masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai. biar bangkit sedikit baunya dan terus masukkan kicap, sos tiram, sos tomato/cili, dan cili kering.

2. Kemudian masukkan siput sedut dan gula bersama garam secukup rasa. biarkan seketika sehingga kuahnya sedikit pekat dan sedia untuk dihidangkan....




Operasi menyedut dah bermula lah nie.
 
 

sekian dan selamat menyedut.

Redha Allah swt Kita Cha'ri


















Friday, August 17, 2018

Telur Masin Masak Lemak Cili Api

Teks : Nazron Shah Ahmad

Makanan orang kampong memang kalau kena cara dan lawannya dua pingan nasi pun tak cukup. kena pula telur masin masak lemak nie kalau budak buas punya pukulan memang lebih makan hari tu. Sebenarnya nie resepi mudah tetapi bila makan masakan ini teringat arwah nenek yang sentiasa masak telur masin masak lemak cili api nie. (Al fatihah buat semua insan yang telah tiada).

Bahan-bahannya...

6 biji telur masin
1/2 kg santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar bawang yang telah dikisar
1 sudu besar cili burung/cili boh yang telah dikisar halus
1 batang serai dititik
5-10 biji belimbing buluh @ 3 keeping asam keeping (ikut apa ada)
1 sudu besar serbuk kunyit / kalau ada kunyit fresh lagi baik (dikisar juga).
gula secukupnya...


Cara memasaknya.

1. Masukkan semua bahan (kecuali telur) bersama-sama dan biarkan bahan ini mendidih.
2. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam kuahnya. Biarkan didiahn tadi seketika sebelum dihidangkan.

# pastikan telur masin dipecahkan dalam mangkuk dahulu takut ada yg rosak.



Pekat melikat dan gaul terus dengan nasi memang terangkat



Insyallah terangkat...

Redha Allah swt Kita Cha'ri


Thursday, July 19, 2018

Somtam Betik (Thai Mari)

teks:NazronShahAhmad

Salam dan Salam Sejahtera....

      Nak pergiThailand jauh, maklumlah sekarang budak buas duduk area tengah-tengah. Nak rasa yg ada di sekitar lembah kelang ada sahaja kekurangan dan rasa yang masuk dalam hati budak buas. terlebih masam lah, terlebih manis lah, terlebih cili lah (maklumlah lesung penumbuk digunakan berulang kali tanpa membasuhnya terlebih dahulu dan kadang-kadang kita minta somtam betik tapi yang dapat lebihnya lobak merah dan sengkuang. Oleh itu saja nak celoteh sebeanrnya nak share resepi cara menyediakan somtam yang sememangnya mudah dan simple shj.


Bahan-bahannya :

2 cawan betik yang telah diparut memanjang.
2 biji cili burung (nak lebih pedas tambahlah sendiri)
3 ulas bawang puti
1 biji tomato
I biji mempelan telur (siap diparut) - kalau ada
1/2 biji asam limau nipis @ 2 biji limau kasturi
2 sudu besar gula somtam (macam gula melaka tapi berwarna putih), susah sangat gantikan dengan gula pasir.
10 ekor udang kering
2 sudu besar kicap sotong (nampla sos)
2 batang kacang panjang dipotong 2 inci
1 batang kangkung (kalau ada)


Cara membuatnya :

1. Tumbuk kasi pecah aje, cili burung, bawang putih, gula putih, tomato, udang kering dan kacang panjang. kemudian letakkan kicap sotong, perahkan asam limau danmasukkan sekali dengan kulitnya, dan tumbuk sambil gaul sampai sebati.
2. Selepas itu masukkan parutan mempelam telor dan betik dan kacau sampai mesra.
3. Sedia dihidangkan dan letakkan kangkung sebagai penyeri (tapi budak dalam gambar budak buas takdapun kangkung).



# sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih sebagai penganti salad.


Sekian, terima kasih.
Redha Allah swt kita cha'ri....





Monday, March 5, 2018

Salam Jumaat di kala Syawal.

Salam....

Ramadhan yang baru melabuhkan tirainya sudah pasti keseronokan menyambut Syawal masih terasa terutama apabila kembali ke pejabat sudah pasti jemputan raya peringkat Jabatan dan rakan sepejabat akan datangnya bertalu-talu. Tetapi dikesempatan ini, kalau diizinkan jangan dilupakan Puasa Sunat Enam hari di bulan Syawal sebagai pelengkap kesinambungan Ramadhan. 

“Barang siapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”  


Hadith Riwayat Muslim







Wednesday, January 31, 2018

Siput Buluh Goreng Kicap Bercili

Teks : Nazron Shah Ahmad

Morib oh Morib.....

Balik daripada percutian yang sememagnya bukan time cuti pun, kami sekeluarga sesat ke kedai yang menjual ikan di kawasan Pantai Morib. Sekali terpandang Siput Buluh yang sememangnya makanan kesukaan Budak Buas masa dekat Sarawak dahulu. Harga pun ok dan keadaannya pun masih segar dan hidup. Apalagi beli ja lah.




Simple dan senang nak sediakan

Bahan-bahannya;

1/2 kg siput buluh (dicuci dahulu dan ditoskan)
3 ulas bawang putih (dititik)
3 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu teh black paper
2 sudu minyak masak
1 sudu teh minyak bijan (jika ada)
1 biji bawang besar dipotong serong
3 tangkai cili kering / 1 capsicum (dipotong panjang 2 inci)
1 batang leek / daun sup
2 inci halia muda  - dipotong jejari nipis


Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang besar dan cili kering, sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan kicap, black paper, sos tiram seketika, dan seterusnya masukkan siput buluh dan kacau dlm 2 - 3 minit.
3. Kemudian masukkan halia, leek dan kacau sehingga semuanya layu sedikit dan sedia dihidangkan.

Selamat "try" dan rasa ya.

Redha Allah swt Kita Cha'ri







































































Friday, January 26, 2018

Sambal Goreng Versi Orang Jawa

Teks : Nazronshahahmad

Salam dan Salam Sejahtera...

Memang kesukaan Budak Buas dah makanan nie, semenjak dua menjak nie. Makanan kesukaan ramai dan boleh dikatakan semua bangsa dan tempat kenal sambal goreng nie, cuma versinya mungkin berlaian ikut tempat dan sifunya. Nie pun Budak Buas dapat daripada My Mertua Girl yg sememangnya makanan kami kalau musim perayaan dan keramaian. Oklah Jom try buat.


Tak sempat nak hias - Gambar dalam kuali

Bahan asasnya:

5 keping hati ayam bersama pedal - dipotong nispis dan digoreng
2 keping tempe dihiris nipis dan digoreng
5 biji kentang dihiris nipis dan digoreng
50 gram tauhu kering / pucuk - dipotong 2 cm dan digoreng
1 ikat kacang panjang - dipotong serong
5 biji tauhu basah - dipotong nipis dan digoreng
1 bungkus soo unn (50 gram) - direndah seketika
3 biji cili hijau/merah dihiris nipis

Bahan sambal;

1/2 cawan minyak masak
100 gram bawang merah
3 inci halia
1 labu bawang putih
1 cawan cili giling
2 batang serai
1 mangkuk air asam jawa
1 gemgam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya ;
1. Panaskan minyak dan kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, ikan bilis dan tumis sehingga kekuningan sedikit. Kemudian masukkan cili giling serta air asam jawa, garam dan gula sehingga pecah minyak (bahan ramuan nie menjadi kering sedikit).
2. Kemudian masukkan satu persatu bahan asas dimulai dengan hati ayam dan pedal dan diakhiri dengan cili hijau/merah sambil ramuan tadi dikacau sebati satu persatu.
3. Masak dan gaul semua bahan ini sehingga kering dan sedia dihidangkan.


# Makan dengan nasi putih, lontong, lemang pun sedap.
# Jangan percaya buat aja.

Redha Allah swt Kita Cha'ri




















Monday, January 22, 2018

Ikan Percik Versi Kelantan

Teks : Nazronshahahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Rasanya ini entry pertama budak buas untuk tahun 2018. Memang jang-jang sekali dapat memasukkan entry krn masa memang terlalu cemburu dengan kami. Tahun nie Sara (anakanda) pun dah hampir 4 tahun dan tuk tang, tuk tang tahun 2019 insyaallah masuk sekolah pula. Maka bertambahlah jadual tugas Budak Buas nanti. Apapun insyaallah kami akan jaga amanahMu Ya Allah swt dengan rezeki yg diberikan ini.

Oklah berceloteh banyak, tak guna saja nak share satu lagi menu kesukaan my mertua girl iaitu ikan percik versi kelantan. oklah selamat mencuba.


Bakar dan siram memang syok.

Bahan-bahannya,

3-4 ekor ikan kembung besar (mambong) dibuang perutnya

Kuah Percik :

1 kotak santan segera 250 litter / 1/2 biji kelapa pekat
1 inci halia
2 biji bawang merah (jenis besar)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar cili giling
Gula melaka 1 sudu besar (diparut)
2 keping asam keping
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung beras (bancuh dengan 1/2 cawan air)


Cara Memasaknya.

1. Bagi penyediaan kuahnya, masakkan santan bersama-sama cili giling, serai asam keping, daun pandan serta bawang merah bersama-sama halia yang dikisar lumat. jika santan terlalu pekat nasukkan 1 cawan air bagi semua bahan-bahan ini mendidih hingga pecah minyak sedikit.
2. Kemudian masukkan garam dan gula melaka biar bahn ini mendidih seketika dan barulah dimasukkan bancuhan tepung beras sehingga kuahnya menjadi pekat.
3. Ikan dibakar kosong sehingga 2/3 masak. (selalunya Budak Buas panggang atas dapur gas yg dialaskan dengan plate besi yg digunakan untuk memangang atau nak senang grilkan sahaja pun ok).
4. Kemudian curahkan kuah percik tadi dan bakar sehingga ikan betul-betul masak dan lebihan kuah disiram untuk untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba....

Insyaallah jangan percaya buat aja.

Redha Allah swt Kita Cha'ri