Wednesday, October 21, 2015

Manicotti with Creamy Cheese and Bamboo Scallop


Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Nama je canggih, tapi budak buas nak ajar cara masaknya simple je. Selalunya orang panggil sos cabonara tapi budak buas ada buat olahan sikit bagi mudah semua nak merasanya dan membuatnya.




Jangan tak buat pula, nie sesuai untuk semua peringkat umur.


Bahan-bahannya...

1 cawan manicotti ( direbus dengan 2 sudu minyak zaitun dan air)
5 batang asparagus (deepfry/ steam - berasingan)
10 batang Bamboo Scallop ( dibuang kulitnya)
2 Sudu Besar Cream Cheese
50ml cream / susu cair (itu kalau dah terdesak)
Sedikit Parmesan cheese (untuk topping)
Sedikit daun pasley (kering/segar)
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya.

1. Panaskan kuali dan masukkan isi bamboo scallops seketika. 
2. Kemudian masukkan cream dan cream cheese serta perlahankan api sehingga semuanya mendidih.
3. Kemudian masukkan manicotti yang sudah siap direbus dan tambahkan garam secukupnya, serta 
    kacau seketika.
4. Hidangkan dalam pinggan serta letakkan asparagus, taburkan parutan keju dan daun pasley untuk 
    rasa yang lebih sedap.


Sekian, terima kasih n selamat mencuba,

Redha Allah swt kita cha'ri.






Wednesday, October 14, 2015

Keladi Goreng Kunyit Sambal Kicap Petang Hari

Teks : Nazron Shah Ahmad

Hujan, jerebu, hujan, jerebu.

Tapi apapun, syukur pada Allah swt keadaan jerebu dah semakin kurang. Sempena hari ini dapatkan masukkan sikit entry untuk perkongsian kali ini. Oh ya untuk menu kami sekeluarga petang nie, sebenarnya bini buatkan cekodok bilis ranggup, tapi saja budak buas nak share menu lain. menu nie sebenarnya dah lama cuma tak sempat nak update.

Bahan-bahannya,

Minyak masak secukupnya untuk mengoreng.
Sebiji keladi dibuang kulit dan dipotong menjurai (ikut suka hati lah)
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukupnya.

cara membuatnya;

1. Gaulkan keladi, garam dan kunyit sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan masukkan keladi yang telah siap digaul.
3. Goreng sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedia untuk dimakan dengan sambal kicap.


Sambal kicap pedas.

1/2 cawan kicap lemak manis.
2-5 tangkai cili burung (dicincang halus)
3 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji air limau nipis.

# bahan-bahan ini dimasak sekalugus sehingga mendidih dan pekat sedikit untuk dijadikan pencicah keladi goreng.



Kalau air tangan isteri mesti semuanya sedap.


Sekian,

Redha Allah swt kita cha'ri











Saturday, October 3, 2015

Bowtie Masak Ala-ala Lasagna

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Menu nie sebenarnya budak buas olah dan try n error sendiri je. Mungkin oreng lain pun pernah cuba. Ideal nie sebenarnya daripada satu ketika masa makan lasagna di restoran kemudian aku terfikir kenapa tak guna pasta yang lain untuk buat cara nie. Cuma cara budak buas buat adalah untuk kesesuaian selera kami sekeluarga.




Cubaan pertama dan komen rakan-rakan kata menarik dan ideal ada.


Bahan-bahannya,

2 cawan bowtie segera (direbus sehingga masak)
3 keping daging burger
70 gram sayur campur frozen
1 biji besar Bawang Holland (Potong Dadu)
5 biji telur
4 sudu besar sos tomato/cili
Sedikit parutan keju cedar/mozarella



Cara membuatnya,

1. Cincang daging burger dan goreng separa masak. Kemudian masukkan bawang dan sayur campur sehingga semuanya layu, dan akhir sekali masukkan sos tomato/cili dan kacau seningga sebati.
2. Sediakan satu bekas untuk membakar adunan ini (5 cm x 5 cm x 10 cm) dan sapikan sedikit mentega di dalamnya supaya tidak melekat.
3. Masukkan lapisan pertama dengan bowtie dan dilapiskan dengan bahan sos dan daging (cara 1) kemudian taburkan parutan keju. Ulangi lapisan ini sehingga semuanya habis.
4. Pecahkan telur dan dibpukul dengan tambahan sedikit garam.
5. Curahkan telur pada semua bahagian acuan sehingga habis.
6. Bakar dengan suhu antara 150 - 170 0C di antara 30 - 45 minit sehingga adunan betul - betul masak dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.
Redha Allah swt kita cha'ri.

























Saturday, July 25, 2015

Pontianak, Kalimantan Barat Trip

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya trip ke Pontianak nie budak buas dan family dah pergi lama (awal Januari 2015), cuma lupa nak kongsikan sedikit tips dan kenangan untuk tatapan semua. Ini pun gara-gara kami nak pindah balik ke semenanjung dan dengan ambil kesempatan ini untuk bawak family tengok tempat orang.

Perjalanan ke sana tidaklah susah memandangkan kita boleh memilih melalui udara (mas wings) ataupun melalui jalan darat (pakai bus). Kalau melalui udara masa perjalanan lebih kurang 45 minit sahaja, tetapi melalui jalan darat mengambil masa di antara 10 -12 jam perjalanan (kedua-dua kaedah ini Budak Buas pernah menggunakannya). Dan untuk makluman perjalanan ke sana semuanya di waktu pagi sahaja dan waktu balik dari Pontianak ke Sarawak hanyalah sebelah malam sahaja.

Ok apa yang ada di sana....

a) Tugu Khatulistiwa - yang mana garisan khatulistiwa betul-betul melalui satu kawasan di pontianak dan tiada bayang-bayang jika kita berada di sana.
b) Pasar Sudirman - nie untuk kaki shopping pakaian
c) Pasar Ole-ole
d) Ladang pokok Aleovera
e) Taman Alun-alun Kapuas (sebelah malam )
f) Masjid Raya Muhajidin - (ala-ala Masjid Nabawi di  Madinah)


Gambar kenang-kenangan.


Sara umur 9 bulan masa nie.



Pasar Ole-ole


Bergambar kenangan di Masjid Raya Muhajiddin



Tak sah kalau pergi indon tak pekena nasi padang.




Berehat di hotel sambil si Sara tengah kira duit 


Catatan : 
Kalau nak pulang menaiki pesawat, pastikan sediakan wang untuk bayaran cukai airport nanti jadi macam budak buas terpaksa korek semua duit yang ada kalau tak mau kena tinggal dek kapal terbang.

Sekian, terima kasih

Redha Allah swt kita cha'ri.








Thursday, April 16, 2015

Kimchi Rebung Madu - Kaedah 1

Teks : Nazron Shah Ahmad

Lama sungguh tak berblog. Sebenarnya Budak Buas baru sahaja pindah dari Sarawak ke Selangor. jadi dua tiga bulan nie, sibuk sikit dengan kemas rumah dan barang pun baru dua bulan sampai ke seni. Maklumlah pakai kontena. Ok untuk kali ini, pasal hari tu dah janji nak share tentang cara masak kimchi jadi kali nie nak share sikit cara membuatnya.


Simple tapi sedap.


Bahan-bahanya...

1 kg rebung madu yang fresh dan dicelur terlebih dahulu seketika.
50 gram halia muda yang dihiris halus
1 biji bawang putih yang dihiris halus
1 biji bawang besar yang dihiris halus
bijan dan garam secukupnya
1/2 cawan sos ikan
2 sudu besar gula
1/2 cawan cili - flakes (jika mahu pedas bolh ditambah)
1 sudu cuka

Cara membuatnya..

1. Bancuh semua bahan ini semua sekali dan kemudian masukkan rebung dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan dan bekas dan tutup rapat-rapat. Selepas dua hari gaulkan adunan ini seketika dan ulangi langkah ini sehingga sebatian kimchi memgeluarkan air dan sudah pasti ianya sesuai untuk dimakan.
3. Biasanya iamengambil masa 4 - 5 hari untuk sesuai dimakan.


Selamat mencuba. cayooook


Redha Allah swt kita cha'ri.





















Thursday, April 2, 2015

Nasi Minyak Raja Berangkat

Teks : Nazron Shah Ahmad

Oklah lah untuk kali nie, saje nak share benda yang paling mudah dan senang buat rakan-rakan kali nie. Mana tahu yang mudah dan simple nie dapat membantu bagi yang betul-betul teringin nak buat nasi minyak untuk org tersayang tanpa perlu cari bahan yang susah nak dapatkan.

Raja Berangkat - istilah nie orang kelantan guna 
kalau nak masak cara ringkas dan cepat


Bahan-bahannya....

3 pot beras di basuh bersih terlebih dahulu
3 1/2 pot air 
Sedikit pewarna kuning telur
2 helai daun pandan.

Bahan menumis...

2 inci halia 
5 biji bawang merah
2 sudu mentega / majerin / minyak jagung / minyak masak (kalau dah tiada bahan lain) 
5 biji buah pelaga, 
10 biji cengkih  
2 inci kulit kayu 
garam secukupnya

Cara membuatnya.
1. Panaskan periuk dan tumis semua bahan ini seketika (hingga berbau wangi).
2. Masukkan air, pandan dan pewarna sehingga mendidih.
4. Masukkan beras dan kacau seketika dan tutup periuk sehingga nasi masak dan sedia dihidangkan.


* kalau ada kismis dan air mawar boleh digaulkan bersama nasi untuk menambahkan seri dan aroma nasi minyak nie.


Selamat mencuba
Redha Allah swt kita cha'ri


















Sunday, March 1, 2015

Bryani Ayam Dalam Talam


Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera..... 

Lama sungguh tak berblog, biasalah sejak hampir sebulan dah pindah ke Semenanjung nie, Budak Buas memang sibuk sikit dengan urusan barang lah, rumah lah, kereta lah cuma yang belum masuk dalam jadual urusan anak sekolah je. Biasalah anak pun kecik lagi. Oklah untuk kali nie saje nak share Nasi Bryani yang simple dan mudah untuk dijadikan santapan keluarga.


Bahan-bahannya;

4 cawan beras basmati
1/2 ekor ayam dipotong 6, yang celur terlebih dahulu (5 minit)
3 1/2 cawan air
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar rempah bryani
3 ulas bawang merah yang dikisar halus
2 sudu besar butter
2 helai daun pandan
1 sudu teh safron
3 sudu besar air mawar
1 sudu kecil kulit biji buah pala
1 inci halia
1 biji tomato dipotong dadu
3 helai daun salam / bay leaf
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak jagung / sawit untuk menumis.

Cara Memasaknya;

1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang, halia, tomato, rempah bryani dan bay leaf seketika.
2. Kemudian masukkan air dan susu sehingga mendidih dan barulah dimasukkan beras basmati yang telah di basuh bersama ayam, daun pandan, garam dan gula secukupnya.
3. Bila beras setengah masak masukkan kismis, gajus, dan butter dan gaul sehingga sebati. Kemudian taburkan safron, renjisan air mawar dan kulit buah pala dan tutupkan kembali periuk sehingga nasi betul-betul masak dan sedia dihidangkan.



                                          Sedap bila berebut makan terutama dengan isteri.


Selamat memcuba.
Redha Allah swt kita cha'ri.