Saturday, December 13, 2014

Laksa Sarawak Mudah

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Punyalah lama duk mikir nak makan Laksa Sarawak, tapi terpaksa batalkan niat pasal isteri asyik duk mintak makanan nie lah, makanan tu lah. Tetapi akhirnya dengan berbekalkan sedikit niat akhirnya tercapai juga Budak Buas dapat makan Laksa Sarawak homemade sendiri. Oklah nak memudahkan cerita kali nie, Budak Buas nak bagi tahu cara nak masak Laksa Sarawak menggunakan cara yang paling mudah dan simple je. Tak payah pening-pening nak cari 20 rempah ratus nak buat pes laksa. (Insyaallah entry lain Budak Buas share 20 rempah ratus tu... :))


Nyaman sik.....

Bahan-bahannya.

bahan 1 : kuah.

- Paket 150 gram Pes Laksa Sarawak. 
- 300 gram Santan
- 11/2 liter air rebusan udang dan ayam.
- 1 sudu teh serbuk kari
- Gula dan Garam secukupnya

bahan 2: asas / lauk.

- 2 gengam taugeh - dicelur sekejap
- 2 biji telur - digoreng dadar dan dihiris nipis-nipis
- 1 keping dada ayam direbus dan diracik halus.
- 250 gram udang saiz sederhana - dicelur seketika
- 1/2 bungkus beehoon di celur supaya lembut.
- sedikit daun pudina
- hirisan limau kasturi.

Cara membuatnya;

1. Masakkan pes laksa bersama rempah kari dengan 1/2 liter rebusan air selama 30 minit. Kemudian 
    tapiskan.
2. Kemudian campurkan tapisan air dengan santan dan biarkan mendidih seketika.
3. Selepas itu, tambahkan lebihan air rebusan dan biarkan mendidih seketika dan barulah dimasukkan 
    garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk menghidang, sediakan semangkuk beehoon bersama bahan-bahan 2 dengan kuantiti yang           berpadanan bersama-sama kuah untuk disediakan. 

Selamat mencuba dan insyaallah menjadi.

Redha Allah swt kita chari.


 

Monday, December 8, 2014

Masak Lemak Pucuk Bandung dengan Daging Salai Nogori.

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera....

Kak Elaira oooo Kak Elaira. Nie pasal duk tunjuk menu dialah sekali buat hati budak buas teringin nak makan juga masakan nie. Tuhan maha kaya, sekali daging salai nogori yang isteriku beli tempoh hari masih ada kat dalam peti ais rumah. Jadi apa lagi buatlah menu nie bagi mengubat rindu anak perantau.

 
Memang bertambah makan nasi hari tu.
 
 
Bahan-bahannya;
 
1 ikat Pucuk Bandung (Semenjung panggil pucuk ubi).
300 gram daging salai yang dihiris nipis.
2 ulas bawang merah besar (di kisar halus)
10 - 15 biji cili burung (juga dikisar)
2 1/2 - 3 inci kunyit (dikisar bersama)
1/2 kg santan kelapa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa.
 
 
Cara membuatnya;
 
1. Panaskan periuk bersama bancuhan air, bahan yang dikisar bersama sedikit santan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan daging salai sehingga naik bau aromanya dan selepas itu masukkan semua santan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan pucuk bandung dan biarkan sehingga empuk dan masukkan garam dan gula secukupnya sebelum sedia dihidangkan.
 
 
Sekian.
 
Redha Allah swt kita chari.
 
 
 
 


Tuesday, December 2, 2014

Ketam Suri Goreng Bercili

Teks : Nazron Shah Ahmad

Alaihai isteri, dengar ketam memang senyum. Apa nak buat minat dan suka sangat dengan ketam, masak apa pun janji ketam. Nasib baiklah kat Sarawak nie ketam murah dan fresh. Syukur pada mu Allah swt dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini.


Memang terangkat biarpun pedas sedikit.

Bahan-bahannya;

3 ekor ketam suri (ketam bunga) digoreng dahulu.
2 sudu besar cili giling
1 biji telur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap sotong (nam pla sos)
1 inci halia di hiris jejari
1 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih dititik
1 susu teh serbuk lada putih
1 susu besar minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang untuk hiasan


Cara memasak.

1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar dengan minyak sehingga kekuningan dan selepas itu barulah dimasukkan cili giling.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap sotong bersama 1/2 cawan air.
3. Kemudian, kepukkan telur dan masukkan di dalam tumisan tadi dan gaulkan bersama-sama ketam.
4. Biarkan semuanya sebati dan pekat kemudian hidangkan dan barulah di taburkan serbuk lada putih bersama hirisan daun bawang untuk hiasan..

Sekian n selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.