Tuesday, January 7, 2014

Spaghetti Bolognese with Mussels

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera ......
     Petang kemarin masa aku "on the way" balik ke rumah, isteri bising yang dia lapar. Seingat aku masa makan tengahari tu, dia tak nak makan katanya masih kenyang dan aku pun buat-buatlah ambil order macam pandailah sangat. Sekali dia sebut nak makan spaghetti dan aku pun diam jelah buat-buat tak pasti gitu......
   

                                                 Hasil kraftangan Budak Buas kali ini.

Bahan-bahannya;

Asas :
- Spaghetti : 100 gram (di rebus dengan air panas dan sesudu minyak zaitun hingga lembut)
- Cendawan Shitake : 4 - 5 keping
- Mussels : 50 gram
- Bawang Besar : 1 biji
- Tomato : 2 biji di potong dadu

Base :
- Pes Tomato Puri : 1 sudu besar
- Serbuk Lada Hitam : 1 sudu teh
- Serbuk Halia : 1/2 sudu teh.
- Garam dan Gula secukup rasa.
- Minyak Zaitun secukupnya.
(tapi kalau nak mudah pakai sahaja sos yang dah siap dari Prego, Kimball dll).

Hiasan :
- Sedikit Keju Mozarella dan Cedar untuk di parut
- Daun Basil untuk hiasan

Cara membuatnya;

    Panaskan Minyak dan masukkan bawang besar bersama mussels beserta cendawan dan tomato. selepas itu masukkan terus semua bahan base sehingga mendidik. Kemudian baru masukkan speghetti dan semua bahan-bahan lain sehingga mesra. Kemudian dihidang bersama-sama taburan parutan keju dan daun basil.

Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita Chari




Friday, January 3, 2014

Kuew Teow Masak Tomyam Udang Galah

Salam dan Salam Sejahtera.........

       Hakikatnya nasib baiklah Allah swt memberi sedikit kelebihan ini kepada Budak Buas untuk menyediakan campuran makanan yang taklah seberapa ini. Kalau diikutkan kata hati memanglah ingin saja Budak Buas terus mendapatkan makanan yang diminta oleh Si Isteri yg sarat mengandung (5 bulan) untuk mengisi kemahuan makannya seharian. Tetapi apakan daya kerana setiap kali kami makan diluar sudah pastinya Si Isteri mengalami migrain ataupun sakit kepala yang teruk ekoran kebanyakan masakan di luar meletakkan serbuk perasa ataupun MSG dalam masakan mereka.





Bahan-bahannya;

a) Daun Limau Purut - 3 helai
b) Bawang Putih - 2/3 ulas
c) Cili Giling - 1 sudu besar
d) Serbuk Lada Hitam - 1 sudu teh
e) Bawang Besar - 1 biji di mayang kasar
f) Serai - 2 batang dititik.
g) 250 gram kuew teow
h) 2 ekor Udang Galah bersaiz sedarhana besar
i) 1 Biji Tomato ( dipotong dadu )
j) Sayur Sawi - secukupnya.
k) Minyak masak untuk menumis dan garam secukupnya

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili giling sehingga naik baunya. Kemudian masukkan serai, tomato, daun limau purut, dan 2 cawan air ke dalam campuran tadi dan tunggu sehingga mendidih. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan terakhir sekali masukkan keow teow udang dan tunggu sehingga mendidih. 

nota : pastikan udang dimasak lebih kurang 2-3 minit sahaja untuk mengekalkan rasa dan kemanisannya.  
sekian dan selamat mencuba....

Redha Allah swt kita chari





BR1M 2014 - Bantuan Rakyat 1 Malaysia Tahun 2014...

Salam dan Salam Sejahtera....
 
       Walaupun tarikh mulanya 23 Disember 2013 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak (setelah dilanjutkan tarikh tutup). Namun sekadar nak kongsi dan memudahkan kawan-kawan agar jangan lupa mengisi borang BR1M sama ada melalui online ataupun manual yang mana borang boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Negeri. Untuk makluman juga, pemberian BR1M kali ini dinaikkan untuk pendapatan kasar isirumah sehingga RM4000 dan sudah pastinya banyak rakyat Malaysia yang layak untuk menuntutnya. Budak Buas dalam Friday Update Organisasi pagi tadi tidak terkecuali untuk memaklumkan kepada semua pegawai yang layak untuk mengisi borang tersebut.
 
Contoh Borang BR1M
 
 
 
Kalau nak mudah terus aje ke link nie : https://ebr1m.hasil.gov.my/ 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Redha Allah swt kita chari.

Wednesday, January 1, 2014

Salam 2014 dari Kuching.

Salam dan salam sejahtera.....

    Diam tak diam, akhirnya tahun 2013 dah menutup tirainya yang baru lebih kurang 6 jam berlalu dan kami yang kebetulan bangun awal sikit pagi nie (pasai teman isteri bersahur) sempatlah nak update blog nie sikit. Tanpa tak disengajakan juga untuk tahun baru nie kami dapat mengeratkan kenalan lama yang dah terputus iaitu Pak Bear n Mak Bear serta 3 org nak mereka yang baru berpindah ke bumi kenyalang atas tuntutan tugas. Sebagai ucapan Welcome Dinner kami mengajak mereka sekeluarga makan di Top Spot, Taman Kereta, Kuching (TQ isteriku).

    Tahun baru nie memang sikit mencabar kerana insyaallah aku memang dah nak jadi seorang bapa dan tugas ini bukannya senang kerana baik buruknya seorang manusia itu datangnya dari acuan yang dibentuk kepadanya. Insyaallah akan ku jaga pemberian Mu ini dengan sebaik-baiknya.



Isteri ku, takda dlm gambar pasai jadi tukang foto lah nie.



Redha Allah swt kita chari.
Sekian.

Pak n Mak Bear blog : http://www.mybearstory.com/2013/12/salam-dari-sarawak.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

 
 

Laksam Ore Kelate (masak kerana isteri ngidam nie)

Salam dan Salam Sejahtera....

      Untuk kali ini, nak share sikit bagaimana cara nak masak satu masakan yang dari tempat asal Budak Buas. Laksam yang mana kalau di sebut sudah tentu orang akan ingat hanya di Kelantan sahaja. Okay kebetulan isteri mengidam nak makan Laksam, jadi terpaksalah masak untuknya, itupun macam - macam pandai jelah...

Bahan A (Laksam)

1/2 kg tepung beras yang telah dikisar.
Anggaran 2 liter air masak (yang telah disejukkan semalaman)
2 sudu besar tepung ubi.

cara menyediakannya : 

Ketiga-tiga bahan ini di gaul sebati dan dikukus menggunakan acuan saiz tudung periuk. Pastikan minyak disapukan pada tudung periuk bagi memastiakan bancuhan tepung yang hendak dikukus tidak melekat.

Bahan B (Kuah Lemak)

1 kg santan
1 1/2 kg ikan kembung / sardin (direbus dan di buang tulangnya)
1 cawan kelapa goreng yang telah dikisar halus
200 gram bawang yang telah dikisar halus
2 sudu teh black paper
3 batang serai yang dititik
2 inci halia yang dititik
Gula dan garam secukup rasa.

cara menyediakannya :

Santan, ikan, bawang dikisar sehingga hancur/ halus.dan masukkan semua bahan tadi ke periuk dan kacau sehingga mendidih dengan api yang perlahan. Pastikan ianya sentiasa dikacau dari permulaan sehingga kuahnya sejuk supaya kuah tidak menjadi berketul-ketul.


Bahan C (ulam-ulaman)

Cili Merah, Daun Kesum, Timun, Bunga Kantan dan Kacang Panjang dihiris nipis-nipis.
Taugeh mentah.

# Kesemua ulam ini ditaburkan di atas Laksam untuk dimakan bersama kuahnya. Kalau nak kick lagi boleh tambah serunding bagi rasa tu pelbagai.

                                                     

                                                      Tadaaaaa dan inilah hasilnya.





Redha Allah swt kita chari.

Wasalam n sekian...........................