Monday, December 16, 2013

Musim Hujan vs Musim Durian.

Salam dan salam sejahtera.....

    Entry kali ini, Budak Buas ingin menceritakan tentang musim hujan yang kebiasaannya melanda di Sarawak terutamanya bermula awal bulan November hingga hujung-hujung Januari setiap tahun, namun begitu musim itu jugalah tidak terkecuali musim durian di Sarawak. Tahukah anda Durian Sarawak tidaklah sehebat Durian Semenanjung seperti IOI, Musang King, Howlow atau Tuhan Kasi (Durian Balik Pulau, Penang), dan banyak lagi jenis-jenis D.



    Untuk tahun kelima saya menetap di Sarawak nie, bila tiba musin durian di Sarawak maka sudah pasti akan menghidupkan kenderaan untuk ke Serian terutamanya di kampung Taee (lebih kurang 30miles dari Kuching). Durian Sarawak nie, tidaklah semahal durian di Semenanjung, hinggakan saya pernah dapat lebih kurang RM1 sebiji (kalau kebetulan musinya yang begitu banyaklah). Rasanya adalah original durian kampung kerana kebanyakannya tumbuh liar di dalam hutan. Rata-rata apabila ditanya penjual akan memaklumkan mereka mendapatnya daripada hutan belantara. Rasanya kadang-kadang pahit sedikit tetapi sedikit berlemak dan manis membuatkan durian Sarawak begitu unik.

    Kalau anda bertuah, anda mungkin menjumpai Durian Isu di pasar. Durian ini lagilah unik kerana buahnya kecil, berduri panjangdan isinya kadang-kadang merah ataupun oren. Rasanya berlemak dan sudah tentu ada peminatnya yang tersendiri.

Sekian....








4 comments:

  1. Kbetulan semalam baru beli durian RM10 untuk 6 biji haha..tak habis makan, simpan utk hari ni...tak muat perut nak makan time musim durian ni kan..

    ReplyDelete
  2. esok gi cari durian nak? Mcm rasa nak mkn lagi jer.

    Lampu riben dah siap?

    ReplyDelete