Tuesday, June 13, 2017

Colek Pelempung Cheras

Teks:Nazron Shah Ahmad

Kalau di kpg budak buas colek mencolek memang wajid. Terutama selepas tarawih kalau di kelate memang jenuh kedai yg menyediakan santapan ini. Macam2 ada, baik ikan celop tepung, colek buah, colek ayam, pelempung mahupun colek perut (babat atau tembusu), dan yg paling rare sekali namanya colek malas. Oklah saje nak share buat pengubat rindu untuk yg tak dapat balik kpg time bulan puasa nie.


Bahan asas,
- 10 kpg keropok digoreng
- 200 gram pelempung di rebus dan digoreng selepas dipotong memanjang
- 1 biji timun batang dihiris panjang
- 150 gram taugeh dicelur seketika
- 2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis2

Kuah colek,
- 1 keping nise / 1/2 biji gula melaka sederhana besar
- 2 sudu besar gula putih (secukup rasa)
- 3-5 ulas bawang putih - dibakar
- 2 biji bawang merah kecil - dibakar
- 1/2 ruas jari belacan - dibakar
- 1 sudu besar cili giling
- 50 gram kacang tanah di sangai dan ditumbuk hancur
- 1 sudu besar bijan di sangai
- 1 sudu teh pes asam jawa
- 2 gelas air
- 1 sudu besar cuka
- garam secukup rasa


Cara nembuat kuah colek,
- didihkan air dengan nise/ gula melaka sehingga sebati bersama- sama cili giling, dan belacan.
- kemudian masukkan gula putih, bawang merah, asam jawa, cuka, dan tunggu sehingga semuanya mendidih dalam 2-3 minit.
- selepas itu masukkan bijan dan kacang tumbuk dan garam sehingga kuahnya sedikit pekat.

Cara menghidang

# masukkan semua bahan asas dan letakkan kuah colek untuk dimakan.





Masam, manis, pedas itulah kombinasi  colek yg menarik.



Selamat mencuba.
Redha Allah swt kita cha'ri.









Thursday, May 18, 2017

Garlic rise with hearbs

Teks:NazronShahAhmad

Salam n salam sejahtera.

Puasa dah nak dekat. Kadang-kadang nak makan kat luar bajet la, menu tak sesuai la, dan masa singkat la. Oklah kali nie nak share satu menu yg simple tapi aromanya memang syok. Mudah dan simple ja.

Bahan-bahanya,
2 cawan beras (syorkan pakai bashmati)
2 cawan air
1 biji bawang putih (dikopek kulitnya dan di pecahkan sedikit)
2 sudu mentega / majerin
2 sudu minyak zaitun
Garam secukup rasa
Aneka herbs - sage, mint, pasley, rosemary dsb.
(Budak buas pakai yg nie pasal memang ada depan rumah,)

Cara membuatnya;

1. Basuhkan beras dan terus masakkan dengan air dan garam sehingga separuh masak.
2. Kemudian letakkan semua bahan ini dan gaulkan bersama.
3. Bila dah masak hidangkan. Nasi nie kalau nak sedap makan dgn ayam atau daging panggang kosong yang di perahkan jus lemon shj. Memang syok habis.




Sorry warna dah macam nasi beryani pasal salah planning masa tu masa nak masukkan warna. Kalau nak menarik bagi warna masa air mendidih memang akan sekatalah. Itupun kalau nak warna.


Redha Allah swt kita cha'ri.....












Sunday, May 14, 2017

Pengat Sukun dengan Pulut

Teks:Nazronshahahmad

Salam dan sejahtera.

Lama tak masukkan entry.

Oklah puasa pun dah hampir tiba dan kali nie saja nak share resepi kampung yg mungkin sesetengah orang tak terfikir nak buat. Juadah nie pun memang baik kalau buat berbuka puasa.

Bahan-bahanya;

- Sebiji sukun yg sederhana masak ( dalam 500g berat) dibuang kulit dan dipotong sebesar 2 jari
- 1 liter santan
- 2/3 liter air
- sebiji gula melaka
- 3 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu teh garam

Untuk pulut - 300 gram pulut dikukus sehingga masak

Cara membuatnya:

1. Didihkan air bersama gula melaka, gula putih, pandan dan garam.
2. Kemudian masukkan sukun selama 3 - 4 minit dan disusuli dengan santan.
3. Kacau sehingga sebati dan kuah mendidih.
4. Hidangkan bersama pulut untuk kesedapan berganda.







Memang terangkat kalau buat berbuka puasa

Redha Allah swt kita cha'ri


Friday, May 5, 2017

Sup Dimsum


Teks:NazronShahAhmad

Satu hari terjumpa kulit dimsum/ wantan yg halal kat shopping. Apa lagi budak buas beli je lah. Nak makan yg rich dengan isinya yg sedap memang mahal laaa. Rupanya nk buat benda nie senang ja. Cuma perlu sedikit kesabaran je lah.

Bahan- bahanya;
- Readymix kulit wantan (byk kat shopping)
- 100 gram isi ayam
- 50 gram isi udang potong dadu
- daun bawang secukupnya
- 1 ulas bawang besar
- 1 sudu light soya sauce
- secubit garam
- 1/2 batang lobak merah

Untuk sup ,
- bancuh kiub ayam dan masukkan sayuran yg anda suka bagi mendidih.

Cara memasaknya;

1. Kisar semua bahan tadi kecuali udang shj yg digaulkan kemudian.
2. Masukkan 1 sudu besar bahan diatas dan jadikan wantan seperti uncang kecil dan terus masukkan dlm sup yg mendidih.
3. Ulangi step 2 sehingga bahan tadi semua licin.
4. Rehen sup sehingga semuanya masak dan hidangkan.

Slmt mencuba.
Redha Allah swt kita cha'ri