Friday, November 28, 2014

Ikan Sungai Masak Lemak Tempoyak




Teks : Nazron Shah Ahmad

Atas permintaan kawan-kawan, dan hendak dijadikan kebetulan masa pergi pasar Balai Ringin, Sarawak sekali terjumpa ikan sungai da. Oklah masakan ini, Budak Buas belajar daripada kaum kerabat Tengku, tu pun secara tak sengaja dan balik rumah buat penambahbaikan sikit bagi sesuai dengan citarasa sendiri. Patik minta maaf Ku kalau olahan patik nie dah tak sama seperti asalnya.....



Mak mertua lalu di belakang memang tak perasan
kalau tengah makan.


Bahan-bahannya;

1 kg Ikan Sungai (Lampan, Sebarau atau Tengas)
2 mangkuk tempoyak
1 1/2 mangkuk air
1/2 kg pati santan
5 ulas bawang merah dikisar.
3 inci kunyit hidup dikisar
2 biji cili merah dikisar
15 biji cili burung di kisar
10 - 15 biji belimbing buluh
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa.



Cara membuatnya;

1. Panaskan periuk serta masukkan santan, air dan tempoyak serta bahan-bahan yang dikisar sehingga mendidih di samping asam keping bersama-sama.
2. Kemudian masukkan ikan dan belimbing buluh dan biarkan 5 - 7 minit. Serta masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Redha Allah swt kita chari.



Monday, November 24, 2014

Bunga Durian Goreng Belacan

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan Salam Sejahtera.

Entry nie, sebenarnya lama dah nak post tapi apakan daya dah memang masa asyik tak sempat je. Oklah nak dijadiakn cerita, ini pun kali pertama Budak Buas makan bunga durian, so Cik Isteri yang tolong ajarkan bagaiman nak masak bunga durian nie. Oklah bahan-bahannya...........

Bunga Durian 200gram (dicelur dahulu bagi lembut)
Belacan 2 cm
2 ulas Bawang Putih di ketuk
1 Labu Bawang Besar di mayang 
1 Biji Cili Merah dimayang
Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara memasaknya;

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.
2. Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan air
3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuanya pekat, kemudian sedia dihidangkan.


                                            Unik tapi memang menyelerakan bila makan 
                                                     dengan nasi lembik panas-panas.

Sekian terima kasih.

Redha Allah swt kita chari.....










Friday, November 14, 2014

Keluar Paper Utusan Borneo

Teks : Nazron Shah Ahmad

Salam dan salam sejahtera.

Sabtu lepas, atas ajakan dan permintaan Isteri, Budak Buas ke Program Nip Nip 2014 bertempat di Plaza Merdeka, Kuching. Antara aktivitinya bagaimana menyusukan baby ketika di tempat awam, penerangan tentang kepentingan susu ibu dan cara-cara mengendong bayi oleh kumpulan Sarawak Babywearers yang mana Isteriku salah seorang admin dalam group nie. Punyalah gigih membantu Isteri masa tu, sekali wartawan ambil gambar dan muka Budak Buas serta Isteri masuk surat khabar dan website rasmi Utusan Borneo pada 11 Nov. Nielah buktinya;
http://www.theborneopost.com/2014/11/11/susu-ibu-tetap-terbaik-untuk-si-manja/

    Banyak ilmu dan perkongsian semasa program separuh hari ini dijalankan dan insyaallah kalau ada kesempatan tahun hadapan kita orang joint lagi.

Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri.

Friday, November 7, 2014

Siput Sedut Masak Lemak dengan Keladi

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam dan salam sejahtera.....

Pagi minggu lepas, kebetulan kami memang takda kerja yang hendak dilakukan, makan pusing-pusing keliling Kuching dan akhirnya terjumpa siput sedut yang sememangnya kesukaan isteri Budak Buas. Apa lagi beli je dan terus bawa pulang untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Oklah cara memasaknya.....


Sodap.............


Bahan-bahannya;

1/2 kg siput sedut yang dipotong hujungnya.
1/2 kg santan kelapa
1 pokok keladi ( dipotong dan direbus terlebih dahulu supaya empuk)
5 helai daun kaduk ditumbuk lumat
10 ulas bawang merah di kisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 susu besar cili giling
1 sudu besar serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya;

1. Panaskan santan dengan 2 cawan air.
2. Kemudian masukkan daun kaduk, bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit dan cili giling         
    sehingga mendidih.
3. Selepas itu masukkan siput sedut dan keladi sehingga semua ramuan sebati dan mendidih. 
4. Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri