Monday, December 16, 2013

Musim Hujan vs Musim Durian.

Salam dan salam sejahtera.....

    Entry kali ini, Budak Buas ingin menceritakan tentang musim hujan yang kebiasaannya melanda di Sarawak terutamanya bermula awal bulan November hingga hujung-hujung Januari setiap tahun, namun begitu musim itu jugalah tidak terkecuali musim durian di Sarawak. Tahukah anda Durian Sarawak tidaklah sehebat Durian Semenanjung seperti IOI, Musang King, Howlow atau Tuhan Kasi (Durian Balik Pulau, Penang), dan banyak lagi jenis-jenis D.



    Untuk tahun kelima saya menetap di Sarawak nie, bila tiba musin durian di Sarawak maka sudah pasti akan menghidupkan kenderaan untuk ke Serian terutamanya di kampung Taee (lebih kurang 30miles dari Kuching). Durian Sarawak nie, tidaklah semahal durian di Semenanjung, hinggakan saya pernah dapat lebih kurang RM1 sebiji (kalau kebetulan musinya yang begitu banyaklah). Rasanya adalah original durian kampung kerana kebanyakannya tumbuh liar di dalam hutan. Rata-rata apabila ditanya penjual akan memaklumkan mereka mendapatnya daripada hutan belantara. Rasanya kadang-kadang pahit sedikit tetapi sedikit berlemak dan manis membuatkan durian Sarawak begitu unik.

    Kalau anda bertuah, anda mungkin menjumpai Durian Isu di pasar. Durian ini lagilah unik kerana buahnya kecil, berduri panjangdan isinya kadang-kadang merah ataupun oren. Rasanya berlemak dan sudah tentu ada peminatnya yang tersendiri.

Sekian....








Thursday, November 28, 2013

Antara Service Charge dengan Harga Sebenar Makanan Anda..



                                                       gambar sekadar hiasan :

     Untuk kali ini, satu entry yang saya ingin kongsikan bersama-sama anda akan perlunya kita menilai kembali dan mendapatkan hak yang sepatutnya tentang apa yang kita minta. Kalau anda terfikir sejenak apakah tujuan Service Charge/Caj Perkhidmatan yang dikenalkan ke atas kita sudah tentu ada maksudnya. Mengikut tafsiran sebenarnya, Caj Perkhidmatan ialah satu caj ke atas barang atau perkhidmatan yang tidak kurang 10% daripada jumlah bil. Caj ini akan berkumpul dan dananya akan dibayar balik kepada semua pekerjanya dalam satu tempoh masa-masa tertentu. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai tips kepada pekerjanya yang secara sedar dan tidak sedar seperti kita yang memberinya sama ada secara sukarela mahupun tidak sukarela. 

    Dalam perkara ini,saya tidak akan marah aatau merasa terkilan jika caj yang dikenakan adalah berpadanan dengan service yang diberikan. Namun begitu, kebanyakan pekerja terutama kedai makanan segera yang mengenakan caj perkhidmatan ini, tidak memberikan service yang sewajarnya kepada kita. Sebagai contoh, kalau dahulu kita pergi ke kedai makanan ala-ala francais,  sudah tentu kita akan dilayan  dengan baik dan berbaloilah dengan bayaran segalanya yang kita akan tanggung. Namun pada masa kini terdapat beberapa kedai makanan dan perkhidmatan yang hanya menuntut caj perkhidmatan tetapi tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada kita hinggakan terpaksalah kita beratur untuk membuat bayaran apabila kita selesai menjamu selera.  

   Selain itu juga, pesanan pun kita terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan apa yang sepatutnya kerana kebanyakan pekerja telah lupa service yang mereka berikan kepada kita dibayar oleh kita sendiri, jadi jangan ingat bonus itu datangnya 100% daripada majikan tetapi datangnya daripada pelanggan yang membayarnya sama ada secara sedar mahupun tidak dan secara kerelaan hati mahupun tidak...

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan dan renungkanlah bersama.
"Redha Allah swt kita chari"


Wednesday, October 2, 2013

Pulau Redang Trip

Salam....

Lama sungguh tak update cite dalam blog nie. so saya ingin kongsikan sedikit destinasi menarik untuk dikongsi bersama-sama itupun kalau sudi. okay pada cuti hari pekerja yg lalu, saya bersama isteri sempat membuat trip ke Pulau Redang Terengganu. Tempat pilihan kami masa itu ialah Laguna Beach Resort : https://www.lagunaredang.com.my/ . Perjalanan bermula dari kampung di Pasir Mas, Kelantan menaiki kenderaan yang mana masa perjalanan kurang lebih 4 jam untuk sampai di Kuala Terengganu. Perlu diingatkan terdapat 2 jeti untuk ke Pulau Redang iaitu Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu dan Jeti Merang. Jarak perjalanan menaiki bot adalah lebih kurang 1 jam 40 minit itupun mengikut keadaan cuaca dan arus lautan. Kami mengambil pakej 3 hari 2 malam berserta sarapan pagi, manakala untuk makan tengahari dan malam kami memilih restoran dan cafe yang berada disekitar tempat tersebut.
     Sambil enjoy dan menghilangkan stress bekerja banyak aktiviti yang ditawarkan di sana termasuklah snorkeling, melayan life bands di waktu malam, layan sunrise dan sunset, scuba dan banyak lagi.




 sunrise untuk pagi pertama di Laguna Redang.






Peralatan yang disewa drp Laguna Resort kepada kami....






Makan time...







Halaman depan Laguna Resort.... 





Selipar rasmi percutian kami kali nie......






Sayonara, Redang Island



Redha Allah swt kita chari......

Sunday, July 14, 2013

Nasi Kerabu Awal Ramadhan

Teks : Nazron Shah Ahmad


Salam Ramadhan  1434 Hijrah.....

Pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang suami. Rasa sayu, pilu dan gembira pun adalah pasal kalau dulu sorang-sorang saja dan kali ini berdua pula. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaMu serta rahmatMu hajat untuk menyambut ramadhan sebagai seorang suami akhirnya tercapai jua. Allahamdullilah.....

Sempena cuti sabtu yang pertama ramadhan isteri pula teringin nak makan nasi kerabu dan kerabu sarang (rumpai laut) maka dengan sedikit ilmu yg dikurniakan dan diperturunkan aku cuba membuat makanan tersebut. Buat punya buat dan untuk menambah keseronokan berbuka, jemput 2 - 3 keluarga untuk berbuka posa bersama-sama, maklumlah rumah kecil dan kena limited, takpa buat kawan-kawan lain, insyaallah hujung minggu lain kami akan jemput, insyaallah.

Note : isteri pula sibuk menambah pecuci mulut dengan kuih kaswi dan bubur ubi + labu bagi menambah varieti juadah hari tuuuu...... terima kasih isteri ku........


Nasi Kerabu Entry

a) Nasi :

Bahan-bahannya :

1/2 kg beras
2 inci halia, 1 gemgam daun kesum (akar/lebihan ), 2 batang serai, 3 ulas bawang merah, 2 helai daun pandan, (dikisar lumat dan ambil airnya shj - 2 cawan)
2 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
sedikit pewarna kuning atau biru (ikut jenis nasi yang hendak dibuat)
garam secukup rasa.

Cara Membuatnya :

1. Bersihkan beras secukupnya dan kemudian masukkan semua air kisaran dan air putih secukupnya (seperti memasak nasi), bersama garam secukup rasa, daun limau purut dan asam keping.
2. Masak nasi sehingga selesai.


b) Serunding Kelapa + Ikan

Bahan-bahanya :

1/2 biji kelapa parut (seeloknya kepala parut putih)
3 ekor ikan kembung / sardin (direbus dan dibuang tulangnya)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 batang serai

Cara Membuatnya :

1. Goreng kelapa (sangai) tanpa minyak dengan api yang perlahan-lahan kemudian bila kelapa sudah kuning keemasan masukkan ikan rebus yang telah di buang tulangnya dan goreng lagi sehingga hampir kering.
2. Tumbuk / blend halia, serai dan bawang kemudian campurkan dengan kelapa dan ditumbuk sedikit sehingga sebati dan siap dihidangkan.

c) Tumis

Bahan-bahanya :

1/2 kg santan pekat
2 batang serai (dititik)
2-3 ulas bawang besar
2-3 sudu cili giling
2 inci halia
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Didihkan santan sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan bawang, serai, halia dan cili giling dan bagi mendidih sehingga sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia dihidangkan.

d) Kerabu

Bahan-bahannya :

1 gemgam daun kesum
1 biji timun batang
1 biji bunga kantan
1/2 biji kubis
2 gemgam taugeh

( di potong halus-halus dan dihidangkan mentah)

# bahan sampingan dan iringan :

Keropok keping, budu, sambal, telur masin dan limau kasturi untuk tambahan dlm rencah nasi kerabu.


selamat mencuba dan insyaallah Redha Allah swt kita cha"ri.













Wednesday, June 5, 2013

fikir sejenak.....


semak diri sebelum kita di baringkan.....

1. Tangungjawab dan tuntutan dengan Ilahi   :    Ok         Tak

2. Tangungjawab dengan Ibubapa                :    Ok       Tak

3. Tangungjawab dengan Isteri/Suami          :    Ok       Tak

4. Tangungjawab dengan Diri                      :     Ok       Tak

5. Tangungjawab dengan Anak-anak           :    Ok       Tak  

6. Tangungjawab dengan Saudara                :    Ok       Tak 

7. Tangungjawab dengan Jiran/Rakan           :    Ok       Tak

8. Tangungjawab dengan Alam                    :    Ok         Tak

9.  Lain-lain nyatakan : ................................

# kupas diri, fikir rasa dan cari punca sebelum kita menilai diri ini sendiri. 

Insyaallah redha Allah swt kita chari.


( gambar sekadar hiasan dan sumber inbternet je )




Tuesday, June 4, 2013

cuti - cuti di rumah (demi masa)

            Hari nie,

(gambar nie ilusi je....  sumber internet)


baru aje masuk kerja selepas 4 hari bercuti kerana 2 hari cuti hujung minggu dan 2 hari extra untuk cuti gawai. Walaupun takde outdoor xtvt tapi semuanya indoor aje, namun cuti kali nie berbeza dengan adanya isteri di sisi dan ade saje kerja nak buat bemula di halaman depan rumah, dapur, hingga stor dan seterusnya di halaman luar (belakang rumah) nak kemaslah, susun lah dan ada pula hura-hura nak tanam sayur pulak. Tetapi semuanya aku happy je kerana yang penting masa yang ade digunakan sebaik mungkin untuk menambahkan keceriaan dan kerahmatan dalam hidup berkeluarga.

    Syukur padaMu dengan limpah dan rahmat serta kurniaanMu ini kepada ku. Insyaallah aku akan jaga anugerah yang Engkau kurniakan ini.

Redha Allah swt kita chari.

Thursday, May 30, 2013

renungkanlah....

Salam pagi jumaat.

    Dalam kehidupan ini beberapa benda harus diambil perhatian yg serius dan penting,

pertama hubungan manusia sesama manusia dan kedua hubungan kita dengan Allah swt. menyentuh tentang hubungan kita sesama kita, ada kalanya baiklah kita tahu dan sedar akan pentingnya dalam menjaga hati seseorang bukan cukup sekadar mengetahui secara luarannya sahaja, kerana hatina juga perlu dijaga dan diselidiki juga. inipenting jika berlaku perkara yang tidak diingini banyak akan timbul perkara berbangkit kelak, sebagai contoh bila wujud pergaduhan sudah pasti banyak perkara lama akan timbul nanti. oleh itu hendaklah kita sentiasa memasang niat terutama diri sendiri yg naif ini untuk selalu meminta maaf terutama dengan orang-2 yg terdekat dan selalu bersama kita. sebenarnya yang yang dekat dan sentiasa dengan kita mungkin terlalu banyak menyimpan dan memendam rasa dengan cara dan perangai kita, tetapi semua ini di tutup dengan hubungan yang baik. namun begitu semua ini mungkin timbul apabila berlaku pergaduhan dan ketidakpuashatian nanti.

Baik pula hubungan dengan dengan Allah swt, sebenarnya amat senang untuk di lakukan apabila kita mengikut segala perintahNya dan meninggalkan ataupun menjauhi segala laranganNya. kerana bagi saya, itu sudah cukup dalam menjaga perhubungan kita dengan Nya.

Insyaallah dlm mood, Redha Allah swt kita chari.



(Gambar : sumber internet nie)

Baru aku tahu......

Saya ingatkan blog nie dah close, tetapi bila dah tengok-2 rupa-rupanya ia masih stay on lagi..... teringat dulu masa buat blog nie dgn arwah adik, kita nie yg jenis tak tahu ape, cuma bagi intro jelah, dia yg tukang buat, itupun yang basic je lah.... buat Arwah Adik ku, saya memohon pada Allah swt moga rohnya aman di sana. Amin n terima kasih tolong jadi pemula untuk blog nie....