Menu korea olahan western style..
Hujung minggu lepas, ntah tak tahu nak makan apa, bini pula kerja tong teng cari bahan kat dapur sekali terjumpa 2 bahan utama ( 1 tin baked bean dan 1/2 kg frozen topokki). fikir punyalaa fikir maka terhasilnya menu nie, nak kata vege food pun boleh, dan janji kenyang pasal Sara bab makan tak memilih sangat, semua on janji tak pedas.
Bahan-bahannya;
1/2 kg frozen topokki
1 tin baked bean
1 cawan air
sayur-sayuran (apa yang ada kat rumah je laa - kebetulan ada sayur kailan dan zucini)
1 biji bawang besar hollang di potong 4
2-3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos omato / cili
garam secukup rasa
Cara membuatnya;
Didihkan air dan masukkan bawang putih, bawang besar dan baked bean bersama-sama sos tomato. bila dah mendidih masukkan topokki dan biarkan seketika dan selepas itu masukkan sayur dan garam secukupnya. Bagi mendidih seketika dan sedia dihidangkan. (topokki jgn dimasak lama-lama nanti melekat antara dia dah tak sedap nak makan.
sedap dan rasanya menarik
sekian dan kena berani mencuba sesuatu yang baru,
Redha Allah swt Kita Cha'ri