Wednesday, September 7, 2016

Roti Canai Goreng di Kapit

Teks:NazronShahAhmad


Kapit sebuah pekan yang terletak 3 1/2 jam melalui bot ke bandar Sibu, Sarawak. Kisah nie saja budak buas nak share kerana di kapit salah satu signature food kat sana ialah roti canai goreng. tengok pun senang kalau amatur-amatur macam kita yang nak buat roti canai.

Doh Roti Canai di gelek sehingga nipis dan goreng ja dlm minyak yang banyak. Tu dia senang kan. Insyallah lain kesempatan budak buas akan share macam mana nak buat roti canai nie. Tapi jangan pandang benda nie ringkas dan mudah, rasa dulu baru tahu. Memang sedap dan ada keunikannya tersendiri kalau tuan puan sempat singgah ke Kapit.


Sedap sampai sekeping tak cukup.



Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt Kita Cha'ri.














Tuesday, August 30, 2016

Meggi Ketam di Kuntan, Kelantan


Teks : Nazron Shah Ahmad

Sebenarnya kisah nie dah lama, cuma baru nak publish. tempat makan nie memang terbaiklah buat masa ini. Kalau dari Pasir Mas ke Kota Bharu, lebih kurang 2 km sebelum sampai jambatan Pasir Pekan mungkin kawan-kawan akan jumpa kedai Meggi Ketam sebelah kiri jalan, yang serba unik dan menarik dari segi dekorasinya. 

Harganya pula berpatutan iaitu pilih ketam dan timbang dan itulah harga sepinggan meggi ketam. kalau yang nie tak silapnya dalam RM28 sepinggan. 



Sara : eee besarnya ketam nie Papa.




Rugi kalau tengok saja, mesti cuba insyallah sedap.




Sekian, terima kasih.

Redha Allah swt kita cha'ri

Saturday, May 14, 2016

Pais ikan bilis dara

Teks:Nazron shah ahmad

Simple je masaknya.




Bahannya.

200g ikan bilis segar.
1 inci kunyit
3 ulas bawang merah
1 batang serai
1 helai daun kunyit
3 biji cili burung
Garam secukupnya.

Cara membuatnya.

1. Tumbuk semua bahan-bahan ini dan gaulkan dengan ikan.
2. Bungkus dengan kertas aluminium dan bakar/masukkan dlm oven selama 13 minit dgn suhu 150 darjah celcius dan selepas itu sedia dihidangkan.



Redha Allah saw kita chari