Thursday, November 28, 2013

Antara Service Charge dengan Harga Sebenar Makanan Anda..



                                                       gambar sekadar hiasan :

     Untuk kali ini, satu entry yang saya ingin kongsikan bersama-sama anda akan perlunya kita menilai kembali dan mendapatkan hak yang sepatutnya tentang apa yang kita minta. Kalau anda terfikir sejenak apakah tujuan Service Charge/Caj Perkhidmatan yang dikenalkan ke atas kita sudah tentu ada maksudnya. Mengikut tafsiran sebenarnya, Caj Perkhidmatan ialah satu caj ke atas barang atau perkhidmatan yang tidak kurang 10% daripada jumlah bil. Caj ini akan berkumpul dan dananya akan dibayar balik kepada semua pekerjanya dalam satu tempoh masa-masa tertentu. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai tips kepada pekerjanya yang secara sedar dan tidak sedar seperti kita yang memberinya sama ada secara sukarela mahupun tidak sukarela. 

    Dalam perkara ini,saya tidak akan marah aatau merasa terkilan jika caj yang dikenakan adalah berpadanan dengan service yang diberikan. Namun begitu, kebanyakan pekerja terutama kedai makanan segera yang mengenakan caj perkhidmatan ini, tidak memberikan service yang sewajarnya kepada kita. Sebagai contoh, kalau dahulu kita pergi ke kedai makanan ala-ala francais,  sudah tentu kita akan dilayan  dengan baik dan berbaloilah dengan bayaran segalanya yang kita akan tanggung. Namun pada masa kini terdapat beberapa kedai makanan dan perkhidmatan yang hanya menuntut caj perkhidmatan tetapi tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada kita hinggakan terpaksalah kita beratur untuk membuat bayaran apabila kita selesai menjamu selera.  

   Selain itu juga, pesanan pun kita terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan apa yang sepatutnya kerana kebanyakan pekerja telah lupa service yang mereka berikan kepada kita dibayar oleh kita sendiri, jadi jangan ingat bonus itu datangnya 100% daripada majikan tetapi datangnya daripada pelanggan yang membayarnya sama ada secara sedar mahupun tidak dan secara kerelaan hati mahupun tidak...

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan dan renungkanlah bersama.
"Redha Allah swt kita chari"